Anak kebas semua duit pencen bapa bernilai RM 125k, ini cara dapatkan balik

Oleh AHMAD SULAIMAN

Kisah adik-beradik yang berselisih kerana harta pusaka sering menjadi bualan.

Namun, di Facebook, seorang individu berkongsi pengalaman mengenai kes pecah amanah dalam keluarganya sendiri.

Menurut individu tersebut, wang pencen milik bapanya telah hilang apabila kad bank warga emas itu dipegang oleh salah seorang ahli keluarga.

Dia berkongsi cerita itu untuk mendapatkan pandangan tentang tindakan undang-undang yang boleh diambil.

“Bagaimana nak ambil tindakan terhadap orang yang pecah amanah?

Anak kebas semua duit pencen bapa bernilai RM 125k, ini cara dapatkan balik

Kad bank ayah diberi kepada ahli keluarga, tetapi semua duit pencen, dianggarkan berjumlah RM125,000, telah disapu,” tulisnya dalam grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM).

Pertanyaan itu mendapat pelbagai reaksi di Facebook. Salah seorang peguam menyarankan pengadu untuk mengambil tindakan dengan membuat laporan polis agar siasatan dijalankan dan juga menghantar notis tuntutan untuk mendapatkan kembali wang tersebut.

“Tuan boleh buat dua perkara. Pertama, buat laporan polis untuk siasatan jenayah. Kedua, hantar notis tuntutan untuk meminta semula RM125,000 itu. Jika individu tersebut enggan membayar balik, tuan boleh saman di mahkamah atas kes pecah amanah. Ini langkah untuk kes sivil. Hubungi saya untuk nasihat guaman lanjut,” jelas peguam itu.

Seorang pengguna lain turut menyarankan agar pengadu mengumpul bukti seperti rekod transaksi pengeluaran wang menggunakan kad bank bapanya sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Pecah amanah adalah jenayah di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan boleh disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM.

Sebelum buat laporan, pergi ke bank dan minta penyata terperinci yang mengandungi lokasi dan masa pengeluaran di ATM.

Senaraikan maklumat transaksi itu dalam laporan polis dan pastikan laporan jelas serta menunjukkan kesalahan jenayah. Draf laporan terlebih dahulu sebelum ke balai,” cadang seorang wanita.

BACA: Bayar individu untuk selesaikan tugasan akademik, Universiti awam gantung gelaran doktor kepada Menteri