“Aku suka pada isteri, bermakna bloodline (susur galur keturunan) dia memang cita rasa aku… termasuklah adik-adik perempuan dia.
“Pada mata aku, adik-adik dia lebih cantik. Atas sebab itulah aku berulang kali pesan pada isteri
supaya menegur adik-adiknya untuk tutup aurat sewaktu kehadiran aku,” ujarnya berkongsi cerita.
“Sayangnya dengar sekejap je, kemudian pakai seksi balik. Isteri aku pun pakai seksi macam adik-adik dia, mungkin didikan parents mereka begitu.
“Aku malas balik rumah mentua sebab ni, aku juga berat nak benarkan adik-adik perempuan dia tinggal kat rumah aku.
“Memang la tak lama, tapi sepanjang kehadiran mereka, pakaian seksi tu menyeksa mataku,” tambahnya lagi.
Komen netizen
“Sekurang-kurangnya dia aware dan cuba mengelak. Ini satu kebenaran yang pahit tapi kena terima.
“Ada betulnya, dah 11 tahun kahwin. Adik kepada suami saya dulu kecil, sekarang dah sama tinggi dengan suami, muka pun dah nak sama. Kadang-kadang rasa takut tengok sebab muka dah macam versi suami masa muda, masa saya mula suka dulu.
“Aku bermadu dengan kakak sepupu aku, aku yang pertama. Suami aku pernah cakap yang isteri kedua dia tidur, memandu, jalan sama macam aku… jadi inilah maksudnya ya.
“Dia kena didik isteri dulu, selalunya adik-adik akan berubah perlahan-lahan selepas tengok kakak. Ini pengalaman sendiri,” demikian antara perkongsian warga maya.
BACA: “Tak sangka hubungan aku dan suami dingin angkara kolestrol tapi ini yang terjadi”