UAI jawab persoalan kenapa isteri suka cakap kasar dengan suami

Oleh DAHLIA MARZUKI

Sedangkan lidah pun tergigit, inikan pula suami isteri. Perumpamaan ini menggambarkan dinamika pasang surut dalam perhubungan suami isteri.

Tidak dinafikan, pasti ada rasa tidak puas hati yang disimpan dan menunggu masa untuk diluahkan, atau pertengkaran kecil yang kadangkala mengeratkan lagi hubungan.

Namun, para suami perlu memahami sesuatu sebelum berumahtangga—wanita adalah makhluk yang unik dan kadangkala sukar difahami.

Mengapa isteri kadang-kadang bersikap tegas atau kasar terhadap suami tetapi berbicara dengan baik dengan rakan-rakan? Ini adalah ujian bagi para suami.

Bahkan, ketika Nabi Muhammad SAW hampir wafat, Baginda mengingatkan tentang fitnah wanita, dan khutbah terakhir Baginda juga menyinggung isu ini.

UAI jawab persoalan kenapa isteri suka cakap kasar dengan suami

Oleh itu, suami perlu memahami bahawa wanita memang mempunyai sifat yang mencabar. Mereka mungkin membantah kata-kata kita, marah, atau meminta sesuatu dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Ini adalah lumrah dalam perhubungan, jadi kesabaran adalah kunci.

Biarlah isteri yang merajuk atau menjauh, jangan suami yang cepat mengambil keputusan untuk bercerai. Biarkan isteri bersuara atau mengkritik, suami perlu berusaha menahan diri daripada membalas dengan kata-kata keras. Ini kerana, sebagai ketua keluarga, suami memikul tanggungjawab sebagai pemimpin.

Memang benar, ada kalanya tingkah laku isteri boleh menimbulkan dosa, tetapi perlu diingat bahawa sifat wanita berbeza—akal dan pengetahuan agama mungkin kurang, dan mereka lebih mudah terpengaruh emosi.

Oleh itu, apabila isteri marah atau bertindak kasar, suami perlu memahami dan bersabar.

Jangan memandang remeh kepada wanita. Meskipun kelihatan lemah lembut, jika mereka marah, kesannya boleh mengejutkan.

Bagi suami, penting untuk menyedari bahawa perkahwinan melibatkan pergaulan dengan makhluk yang kompleks. Apabila isteri marah, membebel, atau bersikap kasar, itu bukanlah perkara luar biasa.

Nasihat memang penting, tetapi kadangkala, pendekatan terbaik ialah menahan diri dan memberi ruang agar situasi reda.

Nabi Muhammad SAW menggambarkan wanita sebagai makhluk yang berasal daripada tulang yang bengkok.

Maka, jika isteri mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan, suami perlu lebih bersabar dan tidak membalas. B

ukan kerana takut, tetapi untuk menjaga isteri daripada menambah dosa. Apabila nasihat diberikan dan masih ada jawapan balas, lebih baik beri masa agar dia kembali tenang tanpa memanjangkan keadaan.

BACA: Peniaga burger terlupa dia masih rakyat Indonesia, buat-buat terkejut kedai di sita PBT