Peniaga burger terlupa dia masih rakyat Indonesia, buat-buat terkejut kedai di sita PBT

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Seorang peniaga burger terkejut apabila gerainya yang beroperasi tanpa lesen

Diserbu pihak berkuasa dalam kejadian di Bandar Saujana Utama, malam tadi.

Insiden itu disedari oleh lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersebut apabila kembali ke gerainya

selepas menggunakan tandas di sebuah restoran berdekatan dalam serbuan yang berlaku pada pukul 8.30 malam.

Lelaki bujang itu memaklumkan bahawa dia telah bekerja di gerai tersebut selama tiga bulan.

Peniaga burger terlupa dia masih rakyat Indonesia, buat-buat terkejut kedai di sita PBT

“Saya menerima gaji sebanyak RM60 sehari, bekerja dari pukul 5 petang hingga 1 pagi.

“Ini merupakan kali pertama saya dikenakan tindakan sejak memasuki negara ini pada Januari lalu,” katanya ketika ditemui semasa serbuan berlangsung.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Mohamad Lutfi Mislah Hudin, menjelaskan bahawa serbuan dalam Operasi Penjaja Warga Asing tersebut adalah hasil aduan awam mengenai aktiviti perniagaan warga asing di kawasan itu.

Beliau menegaskan, perniagaan tersebut bukan sahaja beroperasi tanpa lesen di kawasan parkir kenderaan, malah turut menyebabkan kesesakan lalu lintas.

BACA: Founder produk jatuh terduduk, view live 500 terus jatuh merudum tinggal 30 orang selepas hina B40