Padah ibu bapa culas bayar pinjaman MARA, ini yang bakal dihadapi anak peminjam

Oleh AHMAD SULAIMAN

Tindakan senarai hitam yang diambil oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di bawah majlis itu adalah bersifat sementara.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, berkata ibu bapa atau penjaga yang dikenakan tindakan senarai hitam oleh MARA

Dasn tidak layak untuk memohon kemasukan anak mereka ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa senarai hitam itu boleh dibatalkan sekiranya peminjam atau ibu bapa pelajar tampil untuk membuat penyesuaian semula dengan MARA.

Padah ibu bapa culas bayar pinjaman MARA, ini yang bakal dihadapi anak peminjam

“Sistem senarai hitam dikenakan kepada mereka yang gagal membayar pinjaman selama tiga bulan berturut-turut, namun ia bersifat sementara.

Tujuan kami adalah untuk memberi peluang kepada peminjam datang ke MARA dan menyelesaikan masalah tersebut. Jika mereka tidak mampu membayar, kami akan buat penyesuaian.

Setelah berjumpa, biasanya mereka akan mula membayar, dan secara automatik nama mereka akan dikeluarkan dari senarai hitam,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang bertanya mengenai kemungkinan tindakan senarai hitam terhadap peminjam atau ibu bapa dihapuskan supaya anak mereka dapat diterima masuk ke MRSM.

Rubiah turut menjelaskan bahawa syarat kemasukan ke MRSM adalah calon serta ibu bapa atau penjaga mereka mestilah warganegara Malaysia, calon perlu memohon secara dalam talian, menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) serta memperoleh keputusan cemerlang. Selain itu, ibu bapa atau penjaga juga tidak boleh disenarai hitam oleh MARA.

Beliau turut menyebut bahawa antara pinjaman yang tidak dibayar adalah pinjaman usahawan yang ditawarkan untuk membantu menaik taraf sistem perniagaan mereka. “MARA menawarkan banyak jenis pinjaman, dan jika terdapat sebarang isu, peminjam boleh merujuk terus kepada MARA,” tambahnya.

Meskipun MARA membuka kemasukan kepada semua pelajar yang layak, Rubiah menjelaskan bahawa layanan pembayaran bagi pelajar daripada golongan B40, M40 dan T20 adalah berbeza.

“Walaupun latar belakang keluarga bukan keutamaan dalam kelulusan permohonan, keputusan cemerlang dalam akademik dan UKKM menjadi faktor utama. Bagi B40 yang tidak mampu,

MARA mempunyai program khas dikenali sebagai Budi, yang mana MARA menaja sepenuhnya kepada pelajar yang layak, dengan bantuan sehingga RM2,500 setahun dan wang poket RM50 sebulan. Bayaran lain seperti kemudahan di asrama, dobi, koperasi, jawatankuasa muafakat, dan kokurikulum turut ditanggung,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Rubiah berkata MARA sedang memberi tumpuan untuk memperbaiki bangunan dan kemudahan di 57 MRSM, kerana ada di antaranya yang telah berusia lebih 40 tahun.

Beliau juga menegaskan bahawa MARA tidak memiliki MRSM yang dikategorikan sebagai elit, sebaliknya memperkenalkan enam program seperti MRSM Bitara, Ulul Albab, dan Premier.

BACA: Netizen tuduh Shuib guna duit caruman Perkeso buat pergi umrah, ini respon tuan badan