Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian Tun Daim Zainuddin sebagai kehilangan sahabat sejati yang bersama-sama berjuang demi bangsa, negara, dan agama.
Dr Mahathir meluahkan rasa kesedihan yang mendalam setelah mendapat berita pemergian sahabatnya itu pagi ini.
“Sepatutnya dia dihargai atas segala sumbangannya dalam perjuangan.
Namun di akhir hayatnya, dia dihina tanpa sebab, tanpa sebab kecuali dendam,” katanya dalam satu catatan di platform X hari ini.
“Adakah inilah balasan yang diterima akibat dendam? Ya Allah, adililah Daim berdasarkan keadilan-Mu.
Berikanlah tempat yang mulia kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa. Saya hanya mampu berdoa. Kita akan bertemu lagi di suatu masa nanti. Amin, Ya Rabbal Alamin,” tambahnya.
Allahyarham Daim amat rapat dengan Dr Mahathir apabila dilantik sebagai perunding perniagaan ketika Dr Mahathir masih Timbalan Perdana Menteri. Kepercayaan Dr Mahathir terhadap Daim semakin kukuh apabila beliau dilantik sebagai Senator dan kemudian Menteri Kewangan, menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah pada era pemerintahan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat.
Daim memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan sekali lagi dari 1999 hingga 2001. Selepas itu, beliau dikatakan bersara dari politik dan ‘hilang dari radar’, tidak lagi aktif dalam pentadbiran negara.
Namun, nama Daim kembali muncul pada tahun 2018 apabila Dr Mahathir kembali memimpin negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Daim, yang dikenali sebagai ‘orang kanan’ Dr Mahathir,
Beliau dilantik mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan dan membuat kemunculan semula dalam dunia politik serta pentadbiran negara..
BACA: ‘Beg kuning buka, terus sold out’ Fattah Amin jual baju dalam 22 saat terus habis jual!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio