Assalamualaikum. Tujuan posting saya adalah untuk meminta pendapat dan teguran seandainya saya tersilap
. Izinkan saya bercerita serba sedikit latar belakang supaya kalian boleh cuba memahami situasi saya.
Sewaktu saya masih kecil, ayah jarang berada di rumah kerana sibuk bekerja menguruskan syarik4t sendiri.
Pulangnya malam dan biasanya selepas makan, mandi dan solat, ayah banyak menghabiskan masa mencari ketenangan dan ilham di halaman rumah bersama pokok – pokok tanamannya.
Ibu juga bekerja, makan gaji dengan kerajaan. Hal sekolah saya dan adik beradik yang lain biasanya diuruskan oleh ibu.
Tetapi pergi sekolah pagi – pagi kadang – kadang ayah hantar sebelum ke pejabat dan ayah beri duit belanja. Kiranya banyak hal ibu uruskan tetapi tidaklah ayah lepas tangan.
Kami membesar menyaksikan ibu ayah kerap berbalah, walau seringkali kami tidak faham punca sebenar. Disebabkan watak ibu yang selalu berada dengan kami, dan ayah yang selalu sendiri, banyak cerita kami faham cuma dari sebeIah ibu, sedang ayah wataknya banyak diam bersama pokok – pokoknya.
Walaupun begitu, antara adik beradik, saya kira yang paling rapat dengan ayah. Sem4kin saya membesar, ayah sudah mula boleh berkongsi cerita dan kekecewaan yang dirasa. Pun begitu seingat saya cerita ayah tidak pernah sentuh tentang ibu.
Tetapi waktu dewasa saya tidak lama bersama ayah. Ayah pergi sewaktu saya berumur 26 tahun. Sejak ayah pergi, kami adik beradik tidak berani meninggaIkan ibu di rumah ayah seorang diri. Kami sewakan sebuah rumah untuk ibu, bersebeIahan dengan rumah kakak.
Tetapi, sem4kin kami dewasa bersama ibu, sem4kin kami sedar kesilapan kami pada ayah. Bila kami berurusan dengan ibu kadang kala terasa keras kepalanya, tidak boleh di tegur, pemikiran yang aneh dan sering bercerita tentang orang lain. Sehingga saya menjadi kurang selesa dengan ibu sendiri.
Pernah saya tegur ibu supaya kurangkan bersangka buruk pada orang lain, tetapi ibu tidak dapat menerima dan merasakan bahawa saya tidak memahami dan asyik cuba mencari kesalahan ibu. Selepas daripada itu ibu terus mem4tikan panggiIan telefon dan senyap.
Saya kalau boleh tidak mahu ibu terus hanyut tanpa sedar kesilapannya, tetapi dalam masa yang sama saya juga tidak mahu menggur1s hati ibu. Penyudahnya sekarang saya banyak berdiam dan tidak memberikan perhatian bila ibu mula bercerita perkara – perkara yang saya tidak suka.
Ibu selalu berkata ibu tidak pernah kacau orang lain, tapi tidak pasti mengapa orang lain tidak selesa dengan ibu. Ibu tidak sedar, ibu selalu terlepas kata dan mengguris orang lain. Hatta saya sendiri sejujurnya ada terasa dengan ibu.
Ibu seakan merasakan ibu lebih baik berbanding saya dan adik beradik yang lain bilamana cara kami mengurus rumahtangga dan anak – anak kami tidak setangkas dan secekap ibu, sedangkan ibu juga bekerja ketika muda dahulu.
Ibu pandai serba serbi sedangkan kami sering ‘dimanjakan’ suami kami untuk hanya membeli makanan di kedai dan hanya membayar upah untuk pelbagai perkara yang kami tidak mampu atau tidak mahu buat sendiri.
Ibu bercerita tentang buruk saya pada kakak, cerita pula buruk kakak dan ipar pada saya. Tapi disebabkan kami adik beradik sudah cukup faham jadi kami tidak berbalah. Kami cuma merasakan ibu sukar untuk ditegur dan diperbetulkan lagi.
Akan tetapi kami masih melayan ibu, cuma ada kalanya saya kurang bersedia untuk ada bersama ibu bila saya lebih memerIukan ketenangan. Saya lebih memilih untuk bersendirian walaupun dalam situasi yang sukar untuk saya tempuh, kerana merasakan sokongan yang saya harapkan seringkali disulami kecelaruan minda dan emosi.
Persoalannya, saya sendiri kerap dihurung rasa bersalah, terukkah saya sebagai anak sering perlu mengambil masa saya sendiri untuk bertenang kerana merasakan jiwa saya kacau bila bersama ibu? Saya suka berjalan, ibu ingin ikut bersama, tetapi saya juga perlu ketenangan selepas penat menghadap kerja dan menguruskan keluarga.
Saya pun tidak pasti apa tindakan terbaik yang sepatutnya saya lakukan, adakah mementingkan diri saya dan mencari ketenangan sendiri, atau turutkan kehendak ibu dan terus bersabar? Saya tahu besar ganjaran nya menggembirakan hati ibu, tapi saya juga tahu tiada guna nya berbuat sesuatu tanpa ikhlas dan kemudian merungut sendiri di dalam hati. – Lemon Masam (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Fatinnaww4r Silam : Ibu dah terbiasa mendidik anak – anak sejak kecil, kalau boleh semua kekurangan di mata dia dia nak tegur, nak anak jadi hebat sempurna. Ibu mungkin terbawa – bawa walau sekarang anak dah besar dan tak suka ditegur lagi dan ingin kebebasan bina hidup sendiri.
Kita sebagai anak dengar je, jadi pendengar yang baik, tak yah ambil hati, yang berguna kita ambil, yang keruh tu kita buang je. Biasa ibu cakap buruk tentang anak – anak dia yang lain kepada anak yang lain, sebagai manusia dia ada rasa tak puas hati atau kecil hati kepada orang lain, dulu dia luah kepada kawan / pasangan.
Sekarang anak – anaklah tempat dia luah, bila dah luah, dia lega. Dia bukan benci tapi mungkin tak puas hati dengan sikap anak / orang tu sahaja. Anak – anak jadilah pendengar yang baik, Ibu dah takde kawan. Masa tua ibu ni kita sayang diri dia seadanya, tak perlu nak betulkan dia kecuali ada ruang yang peluang yang baik.
Jika hanya membawa kekeruhan, tak perlu. Jadilah support kepada ibu, mendengar, melayan dengan baik. Tak perlu nak betulkan cara mereka fikir dan bertindak lain – lain. Banyak lagi nak tulis, tapi cukuplah di sini.
BACA: Bilik aircond Nasi Lemak Wanjo kena caj RM1, lain pula jadi bila KPDN respon