Pengerusi MARA tiba-tiba sampai Langkawi terus ‘spotcheck’ MRSM, lain pula jadi bila pintu tandas tumbang lepas disentuh

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, telah mengunjungi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi

semalam untuk memeriksa tandas dan beberapa kemudahan lain di sekolah tersebut.

Dalam pemeriksaan itu, beliau terkejut apabila sebuah pintu tandas jatuh selepas disentuh,

Manakala beberapa tandas lain pula tiada pintu, dan terdapat juga lampu serta sinki yang tidak berfungsi.

Melalui perkongsian beliau di Facebook dan TikTok, Asyraf memaklumkan bahawa kehadirannya

Pengerusi MARA tiba-tiba sampai Langkawi terus 'spotcheck' MRSM, lain pula jadi bila pintu tandas tumbang lepas disentuh

Di MRSM Langkawi tidak diketahui oleh pihak pengurusan, berikutan banyak aduan yang diterima daripada ibu bapa pelajar.

“Saya telefon pengetua untuk beritahu saya telah tiba. Pengawal keselamatan kelihatan terkejut apabila saya sampai di pondok pengawal. Nasib baik dia tidak banyak bertanya seperti pengawal di MRSM lain kerana dia mengenali saya,” katanya.

“Memang saya sengaja tidak memberitahu kehadiran saya. Pagi semalam, saya ambil penerbangan ke Langkawi untuk #TerjahMRSM Langkawi sebelum naik bot ke Kuala Perlis untuk bertemu Raja Perlis pada sebelah tengah hari,” jelasnya.

Antara aduan yang diterima termasuk kerosakan tandas yang berpanjangan, masalah bekalan air yang semakin teruk, tray makanan yang tidak dicuci dengan sempurna, serta isu-isu lain berkaitan kebajikan pelajar.

“Jelas sekali, sebahagian aduan mereka ada kebenarannya. Saya selalu mengingatkan pihak pengurusan MRSM dan Institusi Pendidikan MARA agar memberi keutamaan kepada permohonan peruntukan bagi penyelenggaraan kemudahan asas yang melibatkan kebajikan pelajar dan guru, termasuk tandas, peralatan belajar, asrama, dan bilik darjah,” katanya.

“Aspek bekalan air di Pulau Langkawi yang tidak menentu juga telah menyebabkan Majlis MARA dan pengurusan meluluskan peruntukan khas untuk memastikan bekalan air tidak terputus.

Ini termasuk penambahan tong simpanan air dan peruntukan untuk lori air daripada Syarikat Air Darul Aman (SADA),” tambah beliau dalam hantaran di Facebook.

Di akhir perkongsiannya, Asyraf Wajdi berdoa dan meyakini bahawa MRSM Langkawi akan kembali menjadi yang terbaik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan datang, melalui komitmen guru-guru dan sikap positif para pelajar.

BAca: ‘Saya Tak Nak Aibkan Mana-Mana Pihak’ Pelakon wanita dakwa ada hutang bekas adik ipar Lebih RM208K