Seorang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berusia 19 tahun mengalami keretakan
Pada tulang rusuk dan tulang belakang dalam satu kes buli di universiti tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohed Isa, memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada 21 Oktober lalu
apabila seorang kadet tahun tiga memijak mangsa sehingga menyebabkan kecederaan serius.
Laporan polis berhubung insiden itu hanya diterima pada 8 November.
Dalam kenyataan media, Rusdi tidak menjelaskan punca kejadian tersebut.
Bagaimanapun, kejadian ini berlaku seminggu sebelum satu lagi kes buli di UPNM di mana seorang kadet berusia 20 tahun melecur selepas dadanya ditekap dengan seterika panas.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim, semasa lawatannya ke UPNM pada 1 November,
menyifatkan amalan buli sebagai satu “kegilaan” dan menggesa tindakan yang lebih tegas untuk membasmi gejala tersebut.
Suspek dalam kes buli melibatkan seterika panas telah dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat lepas.
BACA: Sejak Trump jadi Presiden lagi sekali, ini saham Malaysia yang bakal ‘meletup’!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio