“Saya nak nyanyi sendiri” – Tiada kawan, budak beli muffin sambut hari jadi sendirian undang sebak ramai.
Hari jadi merupakan sebuah tarikh bermakna dalam hidup seseorang yang selalunya diraikan bersama keluarga
mahupun rakan terdekat. Pun begitu, tidak semua orang mempunyai situasi yang sama.
Sebilangannya mungkin sudah biasa meraikannya seorang diri, membeli kek sendiri dan menyanyikan lagu hari jadi untuk diri sendiri.
Seperti rakaman yang tular menerusi perkongsian pengguna TikTok @Ellisya Yusoff baru-baru ini, ia cukup mengundang sebak ramai.
Ketika dia sedang bekerja di premis serbaneka itu, seorang kanak-kanak Cina telah datang untuk membeli kek muffin sempena menyambut ulang tahun kelahirannya.
Namun apa yang menyedihkan, gadis kecil itu memberitahu dia tidak mempunyai kawan-kawan dan hari jadi tersebut akan disambut
@ellisyayusoff_Hari ni aku ade cite sedih , ade satu budak cina ni dtg beli muffin 🧁 lepas tu dia nak beli light, aku tanya untuk ape , dia ckp hari ini hari jadi sya , tapi aku tak jual la light tu kat dia tapi aku bakarkan untuk dia , lepas tu aku nyanyi kan lagu untuk dia , lepas tu aku tanya lagi kat dia mane kawan² dia ckp sye tak ade kawan 🥹 sye nak bakar dan nyanyi sendiri 😫 sumpah sedih 😭 #foryou #sai #xybca♬ Happy Birthday To You – Baby Danny
Merasa hiba dengan situasi berkenaan, Ellisya membuat kejutan ‘kecil’ yang cukup bermakna. Dia menyalakan sebatang lilin kecil lalu menyanyikan lagu ‘Happy Birthday To You‘ untuk menggembirakan budak tersebut.
Sejak dikongsikan semalam, klip tersebut sudah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan di aplikasi TikTok.
Meskipun kejutan yang dibuat oleh Ellisya nampak biasa sahaja, rata-rata netizen merasai perasaan terharu selain mengucapkan salam hari jadi kepadanya.
BACA: JAKIM akhirnya respon kes pelancong China baling jubah di Masjid Putra