Gelagat Tokti dalam ‘live’ nak minta like 1 juta buat ramai terhibur

Oleh AHMAD SULAIMAN

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 45, yang siaran langsung bersama peminat baru-baru ini di aplikasi TikTok telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, dapat dilihat Siti Nurhaliza

atau lebih mesra disapa Tokti sedang menyediakan juadah bihun goreng untuk keluarga tersayang.

Ketika siaran itu berlangsung, hampir 10,000 pengikut menemani Tokti memasak di bahagian dapurnya

namun apa yang menarik perhatian ramai adalah permintaan penyanyi nombor satu tanah air tersebut.

Gelagat Tokti dalam ‘live’ nak minta like 1 juta buat ramai terhibur

“Ramai yang tengok ya, like (tanda suka) bagi lah satu juta, Fattah Amin je korang bagi. Dia tengah popular weh,” katanya.

Siaran langsung bersama peminat

Bagaimanapun, tidak lama kemudian penyanyi nombor satu tanah air itu meluahkan rasa gembira apabila berjaya meraih lebih satu juta tanda suka daripada warganet sebelum menamatkan siaran langsung tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melayani karenah Tokti yang pandai mengusik peminatnya secara alam maya.

Terdahulu, Fattah Amin berjaya cipta fenomena baharu apabila meraih lebih 44 juta tanda suka dan 100,000 tontonan dalam masa lima minit ketika menjual kambing perap yang bersiaran langsung di aplikasi TikTok.

Bukan itu sahaja, dia turut menolak komisen jualan kambing perap tersebut yang dipercayai berjumlah lebih RM90,000 dan ia disalurkan kepada golongan ibu tunggal dan asnaf.

Populariti aktor yang berusia 34 tahun itu melonjak naik selepas sah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

BACA: Shah Rukh Khan buat pengumuman mengejutkan, penggemar Bollywood tak tahu nak gelak ke nak sedih