“Aku kena ‘terminate’ kerja, aku amal satu ayat ni setiap hari, satu hari bos lama emel aku, dia minta…”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Pasti ramai yang risau andai kata menjadi salah seorang yang diberhentikan kerja dek kerana kewangan syarikat.

Apatah lagi jika sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang perlu bersekolah dan sebagainya, pastinya mahukan duit lebih.

Seorang individu terkejut apabila majikan memilih berhentikan dia lebih awal selepas dia membuat keputusan untuk menghantar surat berhenti kerja.

Aku berumur 30-an, dah kahwin, menetap di lembah Klang.Aku bekerja dalam sebuah bidang profesional.

Kerja aku agak niche, jadi susah sebenarnya nak cari orang yang ada kepakaran atau specialisation yang sama.

“Aku kena ‘terminate’ kerja, aku amal satu ayat ni setiap hari, satu hari bos lama emel aku, dia minta…”

Tahun lepas aku dapat tawaran kerja dengan sebuah MNC, bersama dengan gaji yang aku kira agak lumayan.

Beberapa minggu lepas aku dibuang dari kerja tu atas alasan prestasi tak memuaskan. Patah hati, frust, tension semua tak payah cakap la.

Dengan komitmen hidup di bandar, berkeluarga lagi, aku memang menangis masa bos inform aku kena buang.

Aku siap merayu mintak peluang, bos aku pun nampak la kesian kat aku tapi dia cakap keputusan tu bukan tertakluk kat dia sorang, jadi dia tak boleh nak ubah keputusan tu.

Sepanjang aku kerja kat situ aku ada buat beberapa mistakes, tapi sumpah, ni bukan cerita aku buat-buat nak selamatkan diri or buat diri nampak bagus.

Orang lain termasuk senior aku kat tempat kerja tu sendiri ada buat jugak kesalahan-kesalahan sama.

Lepas kena buang, aku rembat je peluang kerja yang datang walaupun gaji tak sama banyak sebab fikirkan keluarga.

Jadi aku pun tak nak sedih lama-lama, teruskan je la hidup macam biasa sambil cari rezeki kat tempat baru.

Tempat baru company local, sebab tu gaji tak sama banyak tapi aku bersyukur sangat sebab setakat ni kat tempat baru tak ada pressure macam kat tempat lama.

Yang nak dijadikan ceritanya, beberapa hari lepas, aku dapat sebuah emel dari bos lama aku.

Emel tu merupakan tawaran formal dari company lama nak hire aku sebagai freelance subcontractor (subcon).

Pendekkan cerita, mereka berdepan kesukaran nak cari pengganti aku, jadi sebagai langkah tambahan mereka terpaksa hire aku untuk fulfill certain tugas yang aku buat dulu.

Kebetulan memang skop kerja berbeza jadi syarikat baru aku izinkan untuk ambil kerja tu asalkan tak ganggu prestasi sekarang.

Gaji lama aku tak sama dengan rate subcon. Rate subcon jauh lebih lumayan. Dulu, kalau aku siapkan empat deliverable dalam dua minggu pun belum tentu nilai dia sama dengan rate subcon.

Sekarang, cukup empat deliverable dalam masa sebulan aku dah boleh capai balik gaji lama aku. Ya Allah, masa dapat emel tu aku nangis lagi sekali.

Ayat seribu dinar (Surah At-Talaq: 2-3) tu antara ayat favourite aku, terutama bahagian ‘min haisu la yahtasib’.

Allah dah janji, Allah akan/boleh bagi rezeki dari jalan yang kita tak sangka2. Baca, hayati dan amalkan la ayat seribu dinar. Tak semestinya ayat tu ja, berpegang la dengan al-Quran.

Baca juga: Shah Rukh Khan buat pengumuman mengejutkan, penggemar Bollywood tak tahu nak gelak ke nak sedih