Lelaki kongsi petua nak jimat minyak kereta, ikut panduan mudah ini

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Penurunan harga minyak petrol merupakan salah satu kejadian yang hampir mustahil untuk berlaku di muka bumi ini termasuklah di Malaysia.

Oleh yang demikian, pemilik kenderaan pastinya merasa amat tertekan

sekiranya minyak kereta mereka hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja.

Namun tahukah anda bahawa jarak pemanduan bukanlah satu-satunya faktor utama

Menjadi punca mengapa kehabisan minyak petrol berlaku dengan cepat.

Lelaki kongsi petua nak jimat minyak kereta, ikut panduan mudah ini

Rupa-rupanya, cara pemanduan salah dan tidak berhemah adalah antara punca dan faktor penyumbang kepada penggunaan minyak petrol yang tinggi.

Tular di media sosial, perkara itu disampaikan oleh pemilik kedai aksesori kereta, Wee Fook Seong menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikToknya, @pakwee_oe.

Berikut adalah penerangan serta panduan untuk menjimatkan penggunaan minyak petrol yang dikongsikan oleh lelaki dikenali di TikTok dengan gelaran Pak Wee.

1) Selepas berhenti di lampu isyarat atau bonggol, jangan tekan minyak sehingga RPM (Revolution Per Minute) kereta tinggi. Buang tabiat ini!

2) Apabila memandu, sentiasa kekalkan RPM dengan konsisten. Tidak perlu memandu laju sehingga 160 km/j. Cukup sekadar 120km/j ataupun mengikut halaju yang ditetapkan di lebuh raya.

3) Servis kenderaan tepat pada masanya. Gunakan minyak hitam yang bersesuaian dengan enjin serta pastikan angin tayar diisi dengan PSI yang betul.

4) Penggunaan gear yang sesuai. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan dan keadaan jalan seperti berbukit atau mendatar.

Pak Wee menegaskan bahawa penggunaan gear rendah untuk kelajuan tinggi boleh menyebabkan pembaziran minyak kerana ia akan menjejaskan keadaan enjin kereta.

“Tips penjimatan minyak tidak bergantung kepada produk yang dipakai pemandu. Tetapi yang penting adalah cara pemanduan betul dan berhemah.

“Selepas pemandu mampu memahami cara penggunaan gear dengan betul, penggunaan minyak petrol memang akan dapat dijimatkan. Jangan lupa buang tabiat buruk dan ikut tips-tips yang Pak Wee bagi ini.” Katanya.

Baca juga: ‘Jiwa kena kental’ Khairul Aming dedah syarat utama jadi isterinya ramai wanita tak mampu penuhi