“15 tahun aku layan kehendak isteri, salah ke bagi rata dengan wanita lain pula…”

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Pastinya setiap insan bergelar suami mahukan yang terbaik buat keluarga hingga kadang kala terpaksa lepaskan perkara disukai demi isteri dan anak-anak.

Buat lelaki ini, dia sebolehnya mahu dilayan isteri namun disebabkan wanita itu jatuh sakit maka sukarlah keperluan batinnya untuk dipenuhi.

Aku dah kahwin selama 15 tahun dengan isteri aku sekarang. Anak dah ada seorang, dah sekolah menengah pun.

Isteri aku ada masalah kesihatan dan tak sihat dah lama, 10 tahun.

Walaupun macam tu, aku tetap sayang dan jaga dia tak pernah kurang perhatian dan tanggungjawab.

"15 tahun aku layan kehendak isteri, salah ke bagi rata dengan wanita lain pula…”

Keperluan semua berlebihan. Rumah kelengkapan semua ada aku sediakan. Pendek kata tanggungjawab aku kepada isteri dan anak semua cukup.

Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga berlebihan. Untuk isteri, walaupun dia dah tak sihat lama, aku bagi moral dan support kewangan untuk dia sambung pengajian sampai tahap tertinggi (doctorate).

Sepanjang isteri berhempas pulas siapkan Phd, masa tu anak aku yang jaga. Korang mesti tahukan, susahnya nak habiskan pengajian Phd ni.

Aku bukan nak ungkit tapi itu pengorbanan aku sebagai seorang suami. Untuk pengetahuan korang, aku pon doctorate jugak.

Aku cuba support untuk kerjaya dia, sempat dia kerja juga untuk beberapa tahun. Kemudian dia tak larat, kami ambil keputusan untuk dia berhenti dan berehat sahaja di rumah. Aku boleh je tanggung dia dan anak kami tanpa dia perlu kerja.

Kemudian aku bagi sokongan untuk dia buat perniagaan sendiri (professional services sesuai dengan kepakaran dia) hanya di rumah.

Tujuan untuk dia capai sesuatu kejayaan untuk diri sendiri. Aku tak paksa. Cuma tak nak dia down, aku tak nak dia rasa rendah diri.

Orang sakit ni dia kena bagi sibukkan diri supaya dia tak ingat yang dia sakit. Tambah lagi buat benda yang dia suka.

Waktu dia tak sihat, aku ambil tanggungjawab rumahtangga macam masak, jaga anak dan lain-lain. Setiap hari aku cuba ceriakan dia, aku ada good humor sense.

Sekali sekali bawa isteri keluar bercuti untuk dia rasa seperti orang normal dan lupa sakit dia.

Masa bersalin dulu pon aku jaga sendiri je, tak ada nak suruh mak mentua datang jaga. Makan pakai semua aku buat. Ceritanya bermula beberapa tahun yang lepas.

Aku tertekan mungkin kerana dah bertahun aku tanggung sendiri. Memang semua nampak mudah dan indah, nampak aku kuat tapi ada sedikit kekurangan yang aku rasa.

Ke’inginan’ aku sememangnya sangat tinggi. Masa dia sihat, baik, dia boleh penuhi. Tapi selalunya dia tak larat.

Aku faham, dia cuba buat yang terbaik. Tapi aku ni manusia biasa, aku tak boleh lari dari fitrah manusia. Bila tak cukup, tak kan la aku nak self service je…

Sedangkan aku ada kemampuan dan aku yakin, perhatian aku tak akan kurang kalau aku nak tambah lagi satu.

Aku tak nak buat dosa di belakang isteri sebab aku sayang keluarga aku. Aku sayang isteri aku.

Untuk pengetahuan semua, tujuan aku nak tambah isteri satu lagi sebab nak kurangkan tanggungjawab isteri aku jadi tak perlu la dia memberi walaupun ketika tak sihat.

Aku juga rasa nak ada anak lagi. Bukan tak bersyukur dengan seorang, tapi benda boleh tambah buat apa sorang kan.

Memang agak perasan kalau aku kata memang aku ada rupa sikit. Ramai je perempuan kat luar sana yang nak try, tapi awal-awal aku terus terang yang aku dah kahwin dan ada anak.

Tak sanggup nak tipu isteri aku. Ada secret admire pon aku bagitau awal-awal, aku tak nak cari pasal.

Jujurnya aku cakap, kalau tengok aku memang orang sangka aku belum kahwin. Aku jugak tak nak terjerumus ke lembah maksiat.

Aku takut dosa. Kalau nak tambah lagi satu pon, aku akan buat secara elok-elok, aku tak akan buat sembunyi-sembunyi.

Aku akan letakkan syarat yang mana bakal isteri aku nanti perlu terima keadaan isteri aku sekarang.

Dan dia perlu sayang anak aku. Aku sayang sangat anak aku tu. Macamana ya aku nak fahamkan isteri aku tentang situasi ni?

Aku tak nak dia tertekan dengan keperluan aku. Aku tak nak dia rasa aku tak sayang dia sebab tu aku nak kahwin lain. Bukan.

Kalau dia tak sihat, aku tak sempat masak, aku boleh beli jer. Tak pernah merungut depan dia, sebab aku tau dia dah buat yang terbaik.

Rumah aku kemas sebab bukan orang lain pun yang buat selerak, aku dengan anak yang kaki buat selerak.

Pernah aku bersuara pasal ni dengan dia, tapi berjurai airmata dia. Jadi aku kata gurau je. Padehal nak test the water.

Tapi dalam sunyi-sunyi, aku pulak yang berjurai airmata jantan, tertekan jugak kot. Dia memang tak nak dimadukan.

Aku faham, mana ada perempuan sanggup bermadu. Mungkin dia takut perhatian aku kurang selepas kahwin lagi tapi aku takut jugak lama-lama aku tak tahan, buat benda pelik. Dengan segala dugaan, lama mana aku mampu nak bertahan.

Tapi kalau ada rezeki, aku plan nak letak dekat-dekat je dua-dua. Jadi aku boleh berkhidmat untuk kedua-duanya.

Aku berazam tidak akan kurangkan perhatian untuk isteri aku. Aku dah berkhidmat lebih 10 tahun kot.

Baca juga: Gara-gara nombor plat ‘MADANI’, kerajaan kena saman RM 1.3 juta tapi sebab apa?