Apabila ada artis bercerai mesti ada banyak orang cuba mengulas topik tersebut
seolah-olah mereka tahu cerita sebenar yang berlaku.
Namun ada ramai sebenarnya memilih tidak mengambil bahagian dalam mengeluarkan komen
kerana sedar diri sendiri juga ada rumah tangga untuk dijaga.
Begitu juga buat pelakon Ummi Nazeera yang menasihati mereka yang bercerai untuk tidak memburukkan pasangan masing-masing lapor HibGlam.
Disuakan persoalan tentang banyak pergaduhan dan perang media sosial pasangan terkenal, Ummi tetap ada pegangan.
“Bagi mereka yang hendak berpisah, semoga kalian berada dalam keadaan yang harmoni.
“Doakan semoga perpisahan itu merupakan jalan yang terbaik untuk masing-masing,” katanya seperti dipetik HibGlam.
Pada masa sama Ummi menegaskan dia tidak mahu komen mengenai trend penceraian dalam kalangan selebriti.
“Harap maaf, perkara itu saya tidak mahu komen sebab saya sendiri pun berumah tangga.
“Kalau boleh saya tidak mahu bercakap lebih mengenai perkara ini kerana bimbang akan terkena penyakit ain (hasad dengki) atau apa saja.
“Tetapi saya mendoakan yang terbaik buat mereka yang sudah berpisah atau sedang dalam keadaan ingin berpisah,” tambahnya.
Baca juga: ‘Jiwa kena kental’ Khairul Aming dedah syarat utama jadi isterinya ramai wanita tak mampu penuhi