Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata jika seseorang bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad,
Kita tidak wajib untuk orang itu bercerita kepada orang lain.
Beliau berkata, jika individu itu tetap bercerita tentang mimpinya, tidak wajib untuk semua orang percaya.
Namun kata beliau, tidak boleh dicela orang yang bermimpi bertemu Nabi.
“Kalau kita bermimpi berjumpa Nabi, ingat tiga perkara. Yang pertama tidak wajib kita cerita kepada orang.
Tak cerita pun tak apa. Kalau nak cerita biarlah ada tujuan yang berguna.
“Yang kedua bila kita cerita kepada orang, orang lain tidak wajib percaya.
“Ketiga, orang yang tidak percaya dia bermimpi jumpa Nabi, jangan kamu dustakan dia. Jangan label (pembohong) lah apa lah. Jangan.
“Kerana apa? Kerana Allah nak bagi. Siapa-siapa boleh mimpi. Kita tak percaya dia mimpi jumpa Nabi, tak usahlah tulis dia pembohong,” katanya dalam satu video ceramahnya yang dimuat naik di TikTok.
Tidak pasti bila tarikh ceramah itu namun video diambil sebagai rujukan berikutan seorang presiden parti politik baru-baru ini memberitahu dia telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW.
Baca juga: Walaupun jauh dari daratan, ini alat yang bantu hantar isyarat kecemasan atas kapal