Netizen kata laksa tak sedap, pempengaruh buat laporan polis

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Dalam dunia perniagaan, ramai peniaga boleh menerima kritikan mengenai produk jualannya daripada pelanggan.

Melalui kritikan itulah peniaga akan usaha untuk memperbaiki kualiti produk yang dijualnya.

Namun tidak bagi seorang pempengaruh terkenal di media sosial. Lelaki ini bertindak membuat laporan polis

bagi membersihkan nama dan perniagaan laksanya selepas menerima komen negatif di media sosial.

Memetik dari laporan BH Online, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif, 32

Netizen kata laksa tak sedap, pempengaruh buat laporan polis

membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi jam 5.40 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat pempengaruh media sosial terbabit.

“Tujuan laporan dibuat pengadu itu adalah bagi menafikan tohmahan dan tuduhan ke atas beliau dan peniagaannya. Pengadu juga tidak puas hati dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.

“Ia juga bagi membersihkan kembali nama pengadu dan nama peniagaannya dari tomahan terutama dalam media sosial,” katanya seperti dilapor BH Online.

Sebelum ini tular komen negatif di media sosial kononnya laksa dijual pempengaruh itu tidak sedap berbanding laksa dijual peniaga tempatan di Langkawi.

Bagaimanapun, hantaran yang mendapat ratusan komen balas netizen itu telah dipadamkan.

Prince Syed dalam rakaman video pada akaun Facebok miliknya berkata, laporan itu dibuat bertujuan mempertahankan dirinya selepas ada pihak membuat tohmahan berkaitan perniagaannya.

“Kami minta maaf dan ampun kepada seluruh warga Langkawi sebab kehadiran kami. Kepada semua yang posting video dan sebut nama kami yang tidak tahu cerita apa, kami berbesar hati sebenarnya jika mahu berjumpa untuk tahu apa yang jadi.

“Saya harap perkara ini kita hentikan dan kita tutup cerita, kami akan keluar dari sini jangan risau. Terima kasih kerana memberi kami tumpang niaga di Langkawi,” katanya.

baca: Walaupun jauh dari daratan, ini alat yang bantu hantar isyarat kecemasan atas kapal