Isu nafkah ini sudah menjadi topik hangat apatah lagi ia menjadi punca ramai orang memilih untuk bercerai.
Nampak remeh tapi menerima nafkah ini adalah hak seorang isteri tapi mereka perlu memahami kewangan suami terlebih dahulu.
Mengulas topik berkaitan nafkah dalam podcast bersama Neelofa dan Natasha Ozeir, pelakon Nora Danish menepis dakwaan dia menyindir rakan artis.
Tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan, Nora memaklumkan podcast berkenaan dirakam bukan Julia lalu selepas dia sah bercerai lapor Berita Harian.
“Kalau ikutkan memang nak keluar awal, tapi disebabkan sibuk dengan kerja, barulah sekarang podcast dapat disiarkan.
“Sejujurnya, masa podcast hendak disiarkan, saya bimbang juga ada yang tersinggung.
“Namun, pasukan kami berpendapat topik dibincangkan sangat umum dan tak ditujukan kepada sesiapa,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Pada masa sama dia memaklumkan sudah membuat kajian mengenai topik tersebut dan mendapati masalah kewangan antara penyebab penceraian.
“Sebelum perbincangan dibuat, saya terlebih dahulu membuat kajian mengenai punca perceraian dan kami dapati masalah kewangan adalah punca utama.
“Kami nak didik orang lelaki supaya tidak pandang remeh soal nafkah kerana ia boleh membawa kepada isu yang lebih rumit seperti curang, tidak sefahaman dan sebagainya.
“Segala bil dan keperluan dapur menjadi tanggungjawab suami. Perbincangan dibuat berdasarkan tiga sudut pandang berbeza mengikut status kami.
“Ia memang tiada kaitan dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa,” tambahnya.
Nora bagaimanapun menafikan topik tersebut ada kena mengenai dengan kehidupannya namun menegaskan suami masih perlu beri nafkah pada isteri meskipun mereka bekerja.
“Oh, ya ke? Tak tahu pula saya. Seperti yang dikatakan, topik berkaitan nafkah perlu dikongsikan supaya semua pihak faham.
“Jangan ingat bila isteri bekerja, suami tak perlu nak beri nafkah. Tak berkat rumah tangga jika lelaki tak beri nafkah.
“Masa bercerai dahulu, saya tak pernah dedahkan aib sesiapa. Jadi, sudah tentu apa yang saya bincangkan bukan berdasarkan pengalaman sendiri,” katanya.
Baca juga: Diana Danielle sudah hantar notis agar Farid Kamil pindah rumah, nafi masih berhubung
Ramai mendakwa perkongsian dibuat seolah-olah satu sindiran terhadap perceraian pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura yang antara puncanya adalah culas dalam pemberian nafkah.
Nora berkata, podcast berkenaan dirakam sekitar Julai lalu selepas baru sahaja bercerai.
“Kalau ikutkan memang nak keluar awal, tapi disebabkan sibuk dengan kerja, barulah sekarang podcast dapat disiarkan.
“Sejujurnya, masa podcast hendak disiarkan, saya bimbang juga ada yang tersinggung. Namun, pasukan kami berpendapat topik dibincangkan sangat umum dan tak ditujukan kepada sesiapa.
“Sebelum perbincangan dibuat, saya terlebih dahulu membuat kajian mengenai punca perceraian dan kami dapati masalah kewangan adalah punca utama.
“Kami nak didik orang lelaki supaya tidak pandang remeh soal nafkah kerana ia boleh membawa kepada isu yang lebih rumit seperti curang, tidak sefahaman dan sebagainya.
“Segala bil dan keperluan dapur menjadi tanggungjawab suami. Perbincangan dibuat berdasarkan tiga sudut pandang berbeza mengikut status kami. Ia memang tiada kaitan dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa,” katanya kepada BH Online.
Mengulas topik berkenaan didakwa ada kaitan dengan pengalaman hidupnya, Nora menafikannya.
“Oh, ya ke? Tak tahu pula saya. Seperti yang dikatakan, topik berkaitan nafkah perlu dikongsikan supaya semua pihak faham. Jangan ingat bila isteri bekerja, suami tak perlu nak beri nafkah.
“Tak berkat rumah tangga jika lelaki tak beri nafkah. Masa bercerai dahulu, saya tak pernah dedahkan aib sesiapa. Jadi, sudah tentu apa yang saya bincangkan bukan berdasarkan pengalaman sendiri,” katanya.
Baru-baru ini, senarai janda ‘hot’ menjadi topik hangat dalam media sosial dan nama Nora turut tersenarai.
Nora berkata, dia tahu namanya tersenarai sebab ada rakan beritahu.
“Saya seorang yang ‘simple’. Bila timbul isu, saya tak anggap sebagai tekanan atau bebanan. Sebaliknya, saya anggap hanya jenaka.
“Saya pun sudah lama dalam industri dan pernah menjadi ibu tunggal, jadi perkara ini saya anggap sebagai lumrah kehidupan anak seni.
“Dari satu perspektif, komen nakal begini boleh menjatuhkan martabat wanita. Tapi, saya malas nak bebankan diri dengan terlalu memikirkannya.
“Asalkan tak sentuh keluarga dan anak-anak, saya okay sahaja,” katanya yang bakl muncul dengan drama bersiri, Langit Ke Tujuh siaran TV3 dan Tonton, tidak lama lagi.