Bila seseorang melakukan kesalahan, janganlah terlalu cepat menunding kepada ibu bapa, pastinya mereka sudah cuba sehabis baik untuk menegur.
Nama naik selepas menjadi punca penceraian antara pengarah Syamsul Yusof
Dan pelakon Puteri Sarah Liyana, Ira Kazar akui sudah lali dengan cacian dilemparkan.
Bagaimanapun selepas setahun lebih mendirikan rumah tangga, Syamsul dikatakan menceraikan Ira Kazar baru-baru ini.
Meskipun dirinya sudah lali dengan cacian, dia mengakui rasa sayu apabila melihat bapanya dihina dek kerana kesalahannya lapor Kosmo
“Saya tak kisah orang nak cakap apa fasal saya tapi bila orang kutuk ayah, memang saya sangat terkesan. Sedih tapi alhamdulillah ayah pun sekarang dah okey.
“Hakikatnya, saya dah biasa kena kecam. Saya tak kisah. Sebenarnya kecaman perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada dalam media sosial.
“Terpulanglah apa orang nak cakap sebab mereka tak tahu perkara sebenar,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Pada masa sama dia menganggap kecaman itu benda biasa kerana tak semua orang tahu kejadian sebenar.
“Bagi saya, sebenarnya kecaman itu perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada di media sosial.
“Terpulanglah apa orang nak cakap sebab mereka tak tahu perkara sebenar,” tambahnya.
Dalam pada itu, Ira akan melancarkan single berjudul ‘Tak Kisah’ yang juga simbolik pendiriannya untuk tidak lagi ambil peduli sebarang kontroversi.
“Saya akan keluarkan lagu berjudul ‘Tak Kisah’, manakala proses penggambaran muzik video dijangka dapat dijalankan bulan depan.
“Tak Kisah lebih kepada isi hati mengenai cerita sensasi yang ingin saya abaikan atau lebih kurang lantaklah dengan apa orang nak cakap,” ujarnya.
BACA: Ingatkan sama je maksud deepavali dengan diwali, dj radio ini jelaskan perbezaannya