Hari ini adalah hari istimewa bagi kaum India, di mana mereka berkumpul dengan sanak-saudara yang tercinta.
Selain melawat kuil dan mendapatkan keberkatan daripada orang-orang tua,
aktiviti biasa pada hari ini termasuk menonton maraton filem-filem Tamil, dan semestinya, makan!
Juadah tradisional yang sering dihidang kebanyakannya diperbuat daripada susu dan ghee.
Sedap! Antara yang popular adalah laadu (bebola dough manis berwarna kuning), jalebi
(tepung “bertali” jingga yang diselaputi air gula), achu murukku (muruku manis), dan kesari (puding semolina).
Hidangan daging kambing juga popular dalam kalangan kaum India. Macam-macam masakan ada!
1. Perayaan Deepavali bukannya tahun baru bagi agama Hindu
Sebenarnya, tahun baru untuk kaum India jatuh pada bulan April.
2. Perayaan ini melambangkan kemenangan cahaya ke atas kegelapan
Secara literalnya, Deepavali bermaksud “deretan lampu”. Itulah sebabnya Deepavali digelar sebagai “Festival of Lights”. Kebanyakan keluarga Hindu akan menerangi kawasan luar rumah mereka dengan pelita kecil untuk meraikan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan.
3. Kaum India perlu beli baju baru serta bersihkan dan hias rumah mereka
Memang stres jika anda sudah berada di kedai yang ke-10 dan mencuba pakaian yang ke-100 tetapi masih tidak sesuai! Sama seperti perayaan lain, rumah perlu dikemas dan dibersihkan. Rantaian bunga marigold memberi tuah dan daun pokok mangga yang diletakkan di pintu membantu menghalau fikiran tidak baik.
4. Jika anda baru kahwin, Deepavali lebih meriah!
“Thalai Deepavali” adalah tradisi unik di mana sepasang suami isteri India yang baru berkahwin meraikan Deepavali dengan keluarga si isteri. Pasangan ini sepatutnya diberi layanan istimewa oleh keluarga ini dan menerima banyak hadiah! Untunglah!
5. Kolam atau “lukisan” yang dihasilkan dengan beras bukan sekadar perhiasan
Lukisan corak ini merupakan satu perbuatan amal yang digalakkan dalam kitab suci Hindu. Pada masa dahulu, “kolam” dilukis dengan tepung beras kasar sebagai pelawaan untuk haiwan kecil serta hidupan lain datang dan makan. Secara simboliknya, tujuannya adalah untuk menjemput Lakshmi, Dewi Kemakmuran, sambil menghalau roh-roh jahat.
6. Pada hari Deepavali, orang-orang tua akan beri pakaian baru kepada ahli keluarga setelah mereka mandi pagi
Ini bukan mandian biasa. Mandian dengan minyak ini bukan sahaja menanggalkan kotoran tetapi juga menghapuskan kejahatan, dan mereka yang mandi akan diberkati dengan kemakmuran dan kekayaan.
7. Pada hari Deepavali, penganut agama Hindu mengamalkan diet vegetarian
Mereka juga mengelak daripada mengambil sebarang makanan atau minuman yang memabukkan. Namun, setiap keluarga mempunyai tradisi sajian mereka sendiri.
BACA: Untung ke simpan emas bawah 1 gram untuk pelaburan? Ini sisi gelap kedai emas ramai tak tahu