Baru-baru ini, Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dilaporkan
Mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta melalui pelaburan dalam Fashion Valet.
Selepas berita ini tular, netizen mendesak Vivy Yusof untuk memberikan penjelasan mengenai kerugian
pelaburan dana awam yang berjumlah RM47 juta pada tahun 2018, yang kini hanya bernilai RM3.1 juta.
Terbaru, melalui laman Instagram, Vivy memuat naik satu hantaran yang memaklumkan bahawa dia akan menjelaskan perkara tersebut pada masa yang sesuai.
“Banyak perkara yang saya nak katakan, tapi tunggu waktu yang tepat. Insyaallah. Untuk sekarang, saya biarkan apa orang nak cakap. Tapi berhati-hati dengan fitnah yang awak sebarkan tentang orang lain,” tulisnya.
Dalam hantaran lain, Vivy, atau nama penuhnya Datin Vivy Sofinas binti Yusof, turut berkongsi gambarnya yang sedang menerima rawatan di hospital.
“Buat masa ini, saya sedang ‘berjuang’ dengan ini,” katanya.
Vivy juga memaklumkan bahawa dia akan memberi respons mengenai isu yang tular tidak lama lagi. Dalam pada itu, usahawan terkenal ini turut berkongsi satu hantaran yang memaparkan ayat dalam Surah Al-Baqarah berkaitan dengan fitnah.
“Fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan.”
Namun, tidak lama selepas itu, hantaran tersebut telah dipadam oleh Vivy.
BACA: Benjamin Netanyahu terpaksa hentikan ucapa selepas dimalukan rakyat sendiri