Cara mudah nak bersihkan grill pintu cepat kotor 5 minit je siap

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Bagi yang memasang grill di pintu mesti perasan ia jadi berkarat jika terkena matahari dan hujan, nampak tak cantik di pandangan mata.

Mesti kalau ada perayaan rasa tak sedap mata memandang seolah-olah macam tak bersih pula rumah itu

Ini ada cara senang nak bersihkan karat di grill pintu, senang dan tak mahal malah tak perlu nak menyental sekuat tenaga.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook Miela Hassan menerusi halamsn ‘Tukang Apa Hari Ni’

mengenai cara bersihkan kotoran di besi keluli tahan karat.

Cara mudah nak bersihkan grill pintu cepat kotor 5 minit je siap

Tip bersihkan kotoran di pintu besi
Bahan-bahan:

Oven Cleaner Heavy Duty (jenama Ganso)
Berus besi (boleh guna atau tak)
Kain
Cara-cara:

1. Sembur ‘Oven Cleaner Heavy Duty’ tu dekat semua besi yang berkarat dan biarkan ia selama 5 minit.

2. Kemudian boleh sental dengan berus besi lembut tapi kalau takut calar, boleh sahaja lap dengan kain.

3. Bila dah selesai dan nampak bersih, guna kain untuk lap ia hingga kering, nanti besi nampak bersinar semula.

Pada masa sama netizen turut meninggalkan komen tentang cara mereka membersihkan besi jenis stainless steel ni.

“Boleh guna aluminium foil dengan sabun dan cuci sahaja besi tersebut, senang dan nampak macam baru.

“Spray ni saya kerap guna, harga RM2.40 je, tapi boleh guna dekat macam-macam tempat cuma kena berjaga-jaga, bau dan cecair dia agak kuat,” antara komen pengguna Facebook.

Baca juga