Tun M minta Sarawak bantu negeri mundur, ini respon padu Premier Sarawak

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyatakan bahawa tanggungjawab utama

kerajaan Sarawak adalah membantu rakyatnya meningkatkan pendapatan.

Beliau berkata, meskipun Sarawak kini dikategorikan sebagai negeri berpendapatan tinggi, adalah menjadi

tanggungjawab kerajaan pusat, bukan Sarawak, untuk membantu negeri-negeri lain yang masih mundur.

“Sarawak kaya kerana kita mampu mengurus ekonomi kita dengan baik, tetapi usaha kita belum selesai.

Tun M minta Sarawak bantu negeri mundur, ini respon padu Premier Sarawak

Fokus kita adalah meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat Sarawak, dan sebab itulah kita memajukan kawasan luar bandar terlebih dahulu.

“Ada pepatah orang putih berbunyi ‘charity begins at home’. Orang kampung kita masih berdepan banyak masalah, jadi kita tolong mereka dulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pelan Induk Kelestarian Sarawak di Kuching hari ini.

Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam satu wawancara yang menyebut bahawa Sarawak seharusnya membantu negeri-negeri yang masih mundur untuk membangun.

Dalam wawancara itu, Dr. Mahathir menyebut bahawa sebagai sebahagian daripada sebuah persekutuan, negeri-negeri yang lebih kaya di Malaysia perlu berkongsi kekayaan mereka dengan negeri-negeri yang kurang maju.

Abang Johari turut menambah bahawa saiz negeri Kedah adalah hampir sama dengan kawasan pedalaman Baram di Sarawak, namun peruntukan bagi kedua-dua negeri hampir sama.

“Bagaimana anda boleh menyamakan Sarawak dengan Kedah sedangkan kami lebih besar? Banyak sekolah kami dalam keadaan usang, dan Sarawak terpaksa menggunakan dana sendiri untuk membantu.

“Oleh itu, saya tidak ingin mengulas lanjut mengenai pendapat Dr. Mahathir, kerana rakyat kita sendiri masih memerlukan pembangunan,” katanya.

BACA: Najib Razak diarah membela diri, ini kronologi mudah faham kes 1MDB