Penceramah bebas penipu, menyamar jadi peguam di Mahkamah Seremban

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Seorang penceramah bebas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyamar

sebagai peguam bela berkelayakan dan menipu mangsa di Kompleks Mahkamah Seremban sejak tahun 2021.

Tertuduh, Muhammad Syafiq Stewart Abdullah, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazni Nawi.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Syafiq Stewart didakwa telah memperkenalkan dirinya

sebagai seorang peguam bela dan peguam cara yang berkelayakan, menyebabkan beliau menipu dua mangsa lelaki dengan cara tersebut.

Kesemua kesalahan itu didakwa berlaku pada 18 November 2021 dan 2 Mac 2022 di Kompleks Mahkamah Seremban.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 419 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali

BACA: Tak sempat jalani program turun berat badan, kucing 17 kg mati