Mesin basuh adalah antara barangan elektrik yang paling tahan lasak dan sukar rosak.
Tidak menghairankan jika ada pengguna yang mampu menggunakan mesin basuh sehingga belasan tahun.
Banyak perkongsian di media sosial juga memaparkan mesin basuh yang sudah tua dan buruk, tetapi masih berfungsi dengan baik.
Mungkin anda beranggapan bahawa kualiti dan jangka hayat sesebuah mesin basuh bergantung kepada jenama, namun
sebenarnya ia lebih bergantung kepada cara pengendalian.
Bagi anda yang sering bertukar mesin basuh, cuba amalkan tip yang dikongsikan oleh Hairul Vcool di TikTok.
Dengan mengamalkan tip tersebut, anda bukan sahaja dapat memanjangkan jangka hayat mesin basuh, tetapi juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga, sekaligus mengurangkan bil elektrik.
Berkongsi pengalamannya sebagai tukang servis, beliau menyatakan bahawa kebanyakan mesin basuh yang dihantar untuk dibaiki mengalami masalah pada printed circuit board (PCB) atau papan litar cetak yang menempatkan pelbagai komponen elektronik.
Masalah ini berlaku disebabkan amalan pelanggan yang tidak menutup suis selepas menggunakan mesin basuh, kerana beranggapan mesin tersebut telah ‘mati’ secara automatik.
“Lepas basuh, jika tidak tutup ‘plug’, elektrik akan terus mengalir masuk ke dalam papan tersebut.
“Lama-kelamaan, ini boleh merosakkan papan berkenaan, dan aliran elektrik yang berterusan akan menyebabkan bil elektrik meningkat,” ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau turut menunjukkan kesan papan yang telah rosak akibat kesilapan dalam cara pengendalian.
BACA: Gara-gara kalah saman fitnah, tokoh ASWAJA buka ‘tabung milo’ biayai kos guaman