Seperti yang kita ketahui, polis adalah kumpulan yang bertanggungjawab
untuk memastikan keselamatan dan kestabilan masyarakat mengikut undang-undang negara.
Tanpa kehadiran mereka, pasti akan berlaku lebih banyak jenayah.
Oleh itu, mereka sedikit sebanyak dapat melindungi dan menjaga ketenteraman awam.
Sehubungan itu, polis mempunyai pakaian seragam yang memudahkan kita mengenali mereka dari jauh sebagai anggota polis.
Namun, baru-baru ini, seorang lelaki telah bertanya kepada beberapa pegawai polis mengenai perbezaan pemakaian baju seragam yang dimasukkan ke dalam (tuck in) dan yang dibiarkan di luar.
Dalam sebuah video, lelaki tersebut telah menemu bual beberapa anggota polis tentang maksud di sebalik pemakaian mereka.
Hal ini kerana terdapat anggota polis yang mengenakan baju seragam secara tuck in, dan ada juga yang membiarkannya di luar. Jadi, adakah ini mempunyai perbezaan?
Perkara tersebut telah dijelaskan oleh anggota polis berkenaan. Menurut mereka, cara pemakaian ini menunjukkan perbezaan dari segi pangkat.
Bagi mereka yang tidak tuck in, ia menandakan bahawa pangkat mereka adalah lebih tinggi berbanding pegawai yang memakai baju tuck in.
BACA:Ingatkan dah pupus, Blackberry umum kerjasama dengan SKMM tubuh pejabat keselamatan siber