Anggota Exists dedah misteri lagu Alasanmu buat ramai terkejut

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Baru-baru ini, salah satu lagu popular nyanyian kumpulan Exists iaitu Alasanmu kembali menjadi fenomena

Ekoran sering kali digunakan sebagai muzik latar oleh pengguna TikTok dalam penciptaan kandungan atau ‘content’.

Segelintir besar pengguna TikTok memilih lagu tersebut untuk menggambarkan

Perasaan ketika menghadapi tekanan di tempat kerja sebelum mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Mengulas mengenai perkara itu, pemain bass kumpulan Exists iaitu Musa Radhi tidak menafikan bahawa proses penciptaan lagu Alasanmu mempunyai kaitan dengan perletakkan jawatan.

Anggota Exists dedah misteri lagu Alasanmu buat ramai terkejut

Jelasnya, situasi itu mungkin adalah pengalaman peribadi yang dialami sendiri oleh penulis lirik lagu tersebut iaitu Lukhman S di tempat kerjanya sebelum ini di sebuah syarikat rakaman antarabangsa.

“Saya tak tahu sebelum itu dia (Lukhman S) bekerja dekat mana. Namun ketika itu, dia baru sahaja bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat rakaman antarabangsa.

@sinar_my Ramai cakap sampai viral kat Tiktok yang Alasanmu ni lagu pasal berhenti kerja. Betul ke tak? Ada cerita rupanya! #SINARKongsi #BorakSelebriti #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp #xyzbca #exists ♬ original sound – SINAR

“Mungkin kerana Abang Lukhman S ini orang baharu di dalam pasukan perhubungan awam tersebut, jadi adalah sedikit pertelagahan atau perbalahan dengan pegawai yang lebih senior.

“Saya tak tahu bagaimana penciptaan lagu ini diserahkan kepada Lukhman S. Tetapi tidak lama selepas lagu itu siap, saya tengok dia sudah tiada dalam syarikat rakaman tersebut,” katanya yang turut dikenali sebagai Musrad itu.

Perkara itu didedahkan menerusi program audio siar atau ‘podcast’ Borak Selebriti kendalian penyampai radio iaitu Dina Nadzir dan Falyq yang mana sedutan rakamannya turut dikongsikan di platform TikTok.

Dalam rakaman berdurasi dua minit dua saat itu, Musa turut berkongsi cerita mengenai sikap sebenar Lukhman S yang disifatkannya sebagai sensitif dan cukup berbudi bahasa itu.

“Sebenarnya Abang Luqman S iaitu penulis lirik lagu ini merupakan seseorang yang sangat sensitif. Kalau nak bercakap dengan dia, kena ada budi bahasa dan sopan.

“Jadi pada pandangan saya, dia adalah orang yang sangat mementingkan budi bahasa. Kalau awak rasa budi bahasa awak tinggi, dia lagi tinggi.” Jelasnya dalam rakaman tersebut.

Baca juga:Ini punca sebenar tayar botak tengah, luar dan dalam ramai wanita tak tahu, yang dia tahu bawa je