Aku Chempaka, perempuan, usia 30-an, bujang, anak bongsu daripada 6 adik beradik.
Baru – baru ini ibu aku telah meninggaI dunia secara meng3jut. Terlalu mudah pemergiannya. Sekejap saja.
Semoga ibu aku dapat husnul khatimah dan rohnya di tempatkan dalam kalangan orang – orang yang beriman dan beramal soleh.
Aku rindu pada ibu. Ceritanya selepas kem4tian ibu.
Hari esoknya selepas kebuumi, masing – masing yang perempuan dah mula punggah semua pakaian dan barang – barang ibu aku. Cari duit simpanan ibu.
Tujuannya nak sedekah mana yang boleh, nak bayar zakat, nak buang mana yang tak elok. Aku tak berapa setuju sebab baru sehari kem4tiannya. Sabarlah sekejap. Tapi sebab aku bongsu, tak ada siapa yang nak dengar cakap aku.
Bapak aku pulak sangat sedih, sentiasa menangis terkenangkan ibu. Tapi adik beradik aku langsung tak kisah. Yang penting punggah semua, kira duit cepat, nak faraid cepat. Sampai tahap bapak aku menangis – nangis cakap sabarlah dulu bab duit tu. Barulah mereka diam sekejap.
Tapi kat belakang asyik nak bincang pasal duit tu. Katanya nak selesaikan zakat cepat – cepat. Kain baju ibu yang masih elok disedekahkan. Mana yang buruk, bapak cakap bakar saja sebab itu barang peribadi. Aku penat sangat dengan per4ngai mereka semua.
Aku cuma risau nanti siapa nak jagakan bapak yang dah tua ni. Bapak pun bukannya sihat. Dah terlalu tua. Aku bekerja tetap di negeri lain, rumah pun dah beli. Kami ada ajak bapak tinggal sekali, tapi dia risaukan rumah, pokok – pokok.
Mungkin terlalu awal nak ajak, sebab baru beberapa hari kem4tian. Abang – abang pulak… Sorry to say, sejenis tak boleh pakai. Sorang tu, aku namakan Rahim, memang banyak duit, apa – apa dia hulur. Tapi, bab berbual dengan bapak, ambil hati bapak, langsung dia tak mahu.
Asyik cakap dia tak reti sembang dengan bapak. Bapak cuba untuk sembang dengan dia, macam – macam topik bapak cerita, tapi dia langsung tak bagi respon. Ya pun tidak, ooo pun tidak, pandang bapak pun tidak. Mengadap phone dia saja.
Abang lagi sorang pulak, aku namakan Naim, asyik nak duit saja. Asal dapat duit saja, habis. Asal dapat duit saja, habis. Lansung tak ada menyimpan. Ada sajaIah masalah dia. Itu rosaklah, ini rosaklah, s4kit la, gaji lambat masuklah.
Cakap berbelit – belit pula tu. Asyik guna cerita susah dia supaya orang simpati dan hulur duit kat dia. Bila orang nasihat atau tegur, terus melenting, melalut entah apa – apa. Meluat orang nak sembang dengan dia. Kalau bapak marah dia, terus menangis – nangis kononnya dia anak yang paling dibenci.
Padahal bila tengok balik, dia suka jadi punca buat bapak marah. Dari dia bujang sampai dah tua pun asyik buat mak bapak pening kepala. G4duh laki bini pun dia lari ke rumah mak bapak, menangis – nangis mengadu. Mak bapak dah banyak kali hulur duit nak bantu dia, tapi itulah, asal dapat duit saja terus habis.
BagiIah RM500, RM1000, RM3000, sekejap saja habis. Dia bukan pen4gih d4dah. Tapi dia dan bininya terlalu boros. Ya, dulu – dulu bapak memang sangat garang. Sampai anak – anak takut dengan dia. Tapi sekarang bapak dah terlalu tua, jalan pun tak larat, badan dah kecut, fikiran pun dah deteriorated.
Pada aku, maafkan sajaIah hal – hal yang lepas. Fokus sekarang. Entah esok lusa, bulan depan, tahun depan, Allahu’alam, bapak pula menyusul ibu. Jadi masa sekaranglah kena fokus pada dia. Lepas kem4tian ibu, abang Rahim cadangkan supaya abang Naim berhenti kerja, jaga bapak, memandangkan rumah abang Naim dekat dengan rumah bapak.
Nak jaga bapak senang je sebenarnya, rutin harian dia sangat simple. Abang Rahim janji nak bayar upah pada abang Naim, sebab dia kena berhenti kerja. Bukan main suka abang Naim nak dapat duit senang. Cuma syarat kena jaga bapak tu abang Naim risau.
Risau kena marah selalu. Iyalah, abang Naim kan selalu tr1gger marah bapak. Kalau bersembang macam nak berg4duh, tak boleh ditegur langsung, tak fikir panjang bila nak buat apa – apa, suka tunjuk pandai tapi jadi lain.
Bila ditegur terus buat muka masam, start motor, cabut lari. Dah tua pun b0doh (sorry, aku geram!!!). Hari ini hari pertama abang Naim sepatutnya start jaga bapak. Aku masih bercuti di rumah bapak. Dari pagi aku tunggu sampai jam ini, dah lepas 2 petang, batang hidung abang Naim langsung tak nampak. Upah dah mula ye.
Aku saja tak nak mesej dia sebab aku nak abang Rahim tu tengok sendiri per4ngai abang Naim. Abang Rahim terlalu membela abang Naim, alasannya abang Naim orang susah, tak cerdik. Kakak – kakak dah pesan kat abang Rahim pasal abang Naim ni.
Sebabnya, kami adik beradik perempuanlah yang selalu dengar cerita daripada arw4h mak tentang abang Naim. Arw4h mak pun pening kepala dengan per4ngai abang Naim. Hari – hari g4duh laki bini, asyik tak ada duit, asyik ada masalah, asyik minta duit. Tak pernah tenanglah hidupnya.
Jadi bila abang Rahim cakap nak suruh abang Naim jaga bapak, yang lain – lain mula risau. Dan sekarang, hari pertama pun dah lebih separuh hari, dia masih tak tunjuk batang hidung dia. Aku rasa s4kit hati sangat. Sejak ibu meninggaI, aku teman bapak tidur setiap malam.
Tapi aku dah ambil cuti seminggu lebih. Kena masuk kerja balik. Aku sedih nak tinggalkan bapak aku. Dia tak mahu ikut aku, sebab rumah aku hanya flat biasa, nanti dia bosan tak tahu nak buat apa, apatah lagi tinggal sorang waktu aku bekerja.
Adik beradik perempuan lain dah berkahwin, ada rumahtangga nak diuruskan juga. Jadi, kami risau. Nampak macam abang Naim ni tak boleh diharap. Aku sedih dengan adik beradik aku. Macam – macam per4ngai. Yang lelaki macam ini, yang perempuan macam itu. Bapak hari – hari sedih.
Mana taknya, hilang isteri tercinta, kena tinggal sorang, anak – anak nak balik rumah masing – masing. Hidup dia berubah. Bukan mudah untuk bapak move on, sebab dia dah terlalu tua, sensitivity dia tinggi. Fikiran dan fizikal dia pun dah tak sekuat dulu.
Dah sem4kin kurus, kaki bengkak teruk, fungsi buah pinggang pun dah turun (masih belum tahap diaIisis). Hari – hari aku berdoa pada Allah, minta ditunjukkan jalan yang terbaik untuk kami jaga bapak. Kalau boleh, biarlah bapak duduk dengan salah sorang daripada kami.
Ada adik beradik yang memang dah sediakan bilik tidur khas di rumah masing – masing untuk ibu dan bapak. Tunggu masa bapak nak datang tinggal sekali saja. Aku juga berdoa Allah kurniakan kem4tian husnul khatimah buat bapak, aku, adik beradik, kaum kerabat, guru – guru, dan sahabat – sahabat aku. Pemergian meng3jut ibu aku sangat memberi kesan.
Aku sekarang sedang relapsed depr3ssion. Sedih dengan pemergian ibu, langsung tak ada rehat selepas itu, takde peluang nak bersedih sorang diri. Aku perIukan ‘me time’. Mohon yang membaca artikel ini doakan semoga r0h arw4h ibu aku diampuankan segala d0sanya, diterima segala amal ibadatnya, di tempatkan dalam kalangan orang – orang yang beriman dan beramal soleh dan bahagia di sisi Allah. Sekian… – Chempaka (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Lilie Mail : Sebaiknya urusan faraid dibuat secepatnya. Tapi biasalah orang melayu kita, takut dik4ta tamak, setiap w4ris berhak atas harta yang ditinggalkan. Kena uruskan, tolak hutang – hutang yang ada dulu selepas tu dibahagi ikut bahagian dalam faraid, mana boleh suka – suka hati nak sedekah ke zakat ke.
Wan Nur Ehsaniah Al-saufi : Jaga diri ye sis.. maybe tak perlu la harapkan pada abang N tu. Risau pulak saya ayah tak terjaga nanti. Sis pujuk je ayah gi duduk sekali.
Mula – mula ajak ayah ubah angin. Cakap jom ikut sis balik rumah duduk seminggu dua.. bitau ayah apa kesan kalau dok sorang – sorang.
Pujuk la elok – elok. Bab bosan tu kemudian pikir. Sis pon ada tanggungjawab jugak kena kerja kan. Saya ada sorang kenalan..
dia bawak ayah dia dari kampung duduk satu bilik sewa dengan dia kat daerah tempat dia kerja sebab susah nak tinggal ayah dia sorang – sorang. Kenalan saya ni perempuan..
dia kata senang sket hati dia. Semoga ayah sis pon dengar cakap dan terpujuk nak tinggal sama.
BACa: 46 tahun tersadai, kereta buruk ini bernilai lebih RM4 juta!