Salesman pening layan gen Z Gaji 3000 tapi berangan nak pakai Mercedes A45

Oleh DAHLIA MARZUKI

Pasti ramai dalam kalangan kita pernah mendengar ungkapan “ukur baju di badan sendiri.”

Namun, terdapat segelintir individu yang lebih mementingkan jenama demi tampil bergaya,

walaupun hakikatnya pendapatan bulanan mereka mungkin hanya cukup-cukup makan.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang individu yang dipercayai sebagai penasihat jualan kereta berkongsi

situasi seorang pelanggannya yang mempunyai ‘selera besar’ dan bercita-cita untuk memiliki kenderaan import, sedangkan gajinya tidak mencukupi untuk membayar ansuran bulanan.

Salesman pening layan gen Z Gaji 3000 tapi berangan nak pakai Mercedes A45

“Memang pening dengan budak-budak sekarang yang baru nak hidup. Selera besar, nak beli kereta dengan bayaran bulanan yang lebih tinggi daripada gaji dia.

Inilah situasi yang kau kena hadapi dan perlu control emosi apabila jumpa orang macam ni,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Menurut penasihat jualan tersebut, bakal pelanggannya berhasrat untuk membeli sebuah kereta model Mercedes-AMG A45S 4MATIC+ terpakai yang berharga sekitar RM312,000. Menerusi perkongsian tersebut, dia juga memuat naik dua imej tangkapan skrin perbualannya dengan klien berkenaan melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam gambar tersebut, bayaran bulanan yang dinyatakan dalam iklan untuk kereta itu adalah RM3,161 (dengan 10 peratus bayaran muka) atau RM3,512 tanpa bayaran muka untuk tempoh sembilan tahun.

“Aku yang pendapatan RM5,000 ke RM6,000 sebulan ni pun takut nak beli kereta hutang. Pakai je mana yang mampu,” tambahnya.

Sementara itu, dalam ruangan pendapatan yang diisi, klien tersebut menyatakan gaji bersih yang diperolehinya adalah RM3,000 sebulan, iaitu kurang daripada jumlah ansuran bulanan kereta berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan kecaman terhadap sikap klien tersebut yang tidak mengukur baju di badan sendiri. Antara reaksi warga maya termasuk:

“Aku yang pendapatan RM5,000 ke RM6,000 sebulan ni pun takut nak beli kereta hutang. Macam manalah budak ni boleh terfikir nak beli kereta mahal… hidup dalam delusi ke?”

“Saya dulu mula kerja gaji RM3,700, naik tren je. Dah naik sikit baru pakai Axia. Taste bukan main, ye?”

“Saya memang jual kereta terpakai sejak 2021. Apa yang saya boleh cakap, budak-budak sekarang selera Nauzubillah… gaji ciput. Apabila saya cakap, mulalah kata saya ni berlagak dan pertikai gaji orang.”

Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita mengukur kemampuan sebelum membuat keputusan yang besar, seperti membeli kereta.

BACA: Ahli kumpulan Hijjaz dedah balu Suhaimi Saad bakal berkahwin 8 november