Tular sebuah rakaman video CCTV yang merakam situasi misteri di kawasan tempat letak kereta
kelihatan sebuah Toyota Vellfire yang datang parkir bersebelahan sebuah Perodua Alza.
Tidak lama selepas itu, pemandu Alza menghampiri keretanya dan berdiri di hadapan MPV tersebut.
Dia kemudian mengangkat tangan kanan ke arah kenderaan itu.
Walaupun tayar tidak bergerak, anehnya MPV tersebut mengundur ke belakang dengan sendirinya.
Taktahu nak percaya ke tidak tapi cuba korang tengok btul2 mcm mana dia tolak kereta tu yang double park tu 😱. Ilmu makrifat apa dia pakai ? pic.twitter.com/MBOcDEGH5N
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) October 24, 2024
Pada awalnya, ramai yang terkejut melihat video itu. Namun, setelah menontonnya beberapa kali, ramai menyatakan bahawa video tersebut telah disunting.
Antara perkara pelik yang dibangkitkan oleh warganet adalah jarak masa antara pemandu Vellfire yang parkir dan pemandu Alza yang menghampiri keretanya tidak sampai satu minit.
Netizen mempertikaikan mengapa pemandu Alza tidak memanggil pemandu Vellfire untuk mengalihkan kereta.