Ira Kazar dedah masih berhubung dengan Syamsul Yusof

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Bekas isteri kepada Syamsul Yusof, iaitu Ira Kazar, mendedahkan bahawa hubungan antara mereka tetap baik walaupun selepas berpisah.

Ira berkata walaupun rumah tangga mereka tidak bertahan lama, mereka tidak menyimpan dendam antara satu sama lain.

“Kami sedar tidak semua hubungan berjalan seperti yang dirancang.

Namun, itu tidak bermakna kami harus bermusuh.

“Kami masih berhubung dan berkongsi pandangan mengenai perkara-perkara tertentu.

Ira Kazar dedah masih berhubung dengan Syamsul Yusof

Hubungan kami sekarang lebih kepada rakan,” katanya.

Menurut Ira, keputusan untuk tidak bermusuhan adalah pilihan terbaik bagi mereka, terutama untuk memastikan kesihatan mental dan emosi masing-masing.

“Kami berdua berhak untuk kebahagiaan masing-masing. Saya dan Syamsul ingin menjalani kehidupan dengan tenang.

“Orang luar tidak akan memahami sepenuhnya apa yang berlaku, jadi lebih baik kita fokus kepada apa yang penting dalam hidup kami,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Ira memberitahu bahawa dia kini sibuk memberi tumpuan kepada karier seni, termasuk single duet bersama Alan D berjudul Tak Kisah.

“Saya mahu teruskan hidup dan fokus kepada kerjaya. Banyak perkara positif yang saya nantikan.

“Apa yang penting, kita semua belajar daripada pengalaman dan terus bergerak ke hadapan. Saya doakan yang terbaik untuk Syamsul, dan saya pasti dia juga mendoakan yang sama untuk saya,” katanya.

BACA: Hilang penglihatan sejak 2022, ini keadaan terkini pelakon veteran Roslan Saleh