Gigi yang kekuningan seringkali membuatkan kita berasa kurang yakin untuk tampil di khalayak.
Rawatan pemutihan gigi pula biasanya mahal kerana melibatkan beberapa proses, termasuk pelunturan gigi untuk menjadikannya lebih putih.
Namun, anda boleh mencuba kaedah semula jadi dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur.
Berikut adalah cara mudah yang dikongsikan oleh Genz Tailor di laman X.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mengalami gigi sensitif, adalah disyorkan untuk tidak mencuba kaedah ini dan mendapatkan nasihat daripada doktor.
Bahan-bahan:
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil air
Cara melakukannya:
Campurkan serbuk kunyit dan soda bikarbonat bersama air.
Gaul sehingga sebati sehingga menjadi pes.
Letakkan pes tersebut pada berus gigi dan gosok gigi seperti biasa selama dua minit.
Kemudian, kumur dan bersihkan mulut.
BACA: Dengan 2 bahan ini pasti kesan gam pada jubin tertanggal terus, jimat upah tukang