Baru usia 3 tahun skill ping pong macam atlet, rupanya bukan calang-calang orang tuanya

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Menjadi kebiasaan melihat atlet China sering muncul sebagai juara dalam pelbagai sukan Olimpik yang dipertandingkan di seluruh dunia.

Ini disebabkan sejak dari kecil, ibu bapa kanak-kanak ini ‘memaksa’ mereka menjalani latihan sukan yang konsisten

Dengan harapan untuk mengubah hidup keluarga mereka pada masa depan.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi tular di platform media sosial

apabila mempamerkan kemahirannya bermain ping pong di atas meja kopi di rumahnya.

Baru usia 3 tahun skill ping pong macam atlet, rupanya bukan calang-calang orang tuanya

Dalam video tersebut, kanak-kanak yang dikenali sebagai Xiaowu, berasal dari wilayah Sichuan di barat daya China, menunjukkan kemahiran luar biasa dalam memukul bola ping pong dari pelbagai posisi.

Ramai netizen mengagumi kemahiran budak itu dan berpendapat bahawa dia berpotensi menjadi juara ping pong di Sukan Olimpik pada masa depan.

Segelintir daripada mereka menggelarnya ‘Fan Zhendong’, merujuk kepada pemenang pingat emas ping pong sebanyak dua kali semasa Sukan Olimpik Paris 2024.

BACA: Subsidi untuk golongan T15 dikurangkan, ini perincian siapa yang tergolong dalam T15