Pesakit mental lagi bahaya daripada orang gila rupanya

Oleh DAHLIA MARZUKI

ADA dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang mengalami masalah kesihatan mental.

Dalam hal ini, mereka bukanlah gila sehingga ke tahap tidak dapat menguruskan hidup.

Ada yang pergi kerja seperti biasa, memandu kenderaan dan membeli-belah.

Mereka ini sebenarnya lebih bahaya berbanding orang gila kerana cara hidup mereka seperti orang biasa,

Tetapi kadangkala tingkah laku berubah macam orang gila.

Pesakit mental lagi bahaya daripada orang gila rupanya

Malangnya tidak ramai golongan seperti ini yang mendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya hanya berjumpa bomoh kononnya terkena buatan orang.

Mereka ibarat bom jangka, boleh meletup bila-bila masa. Banyak kes yang sudah berlaku, ada mangsa melibatkan ahli keluarga sendiri dan ada juga membabitkan orang lain yang tidak bersalah.

Jika hanya melibatkan kecederaan, itu boleh dimaafkan, namun ada kes yang meragut nyawa terutama sekiranya mereka memandu kenderaan.

Pesakit mental perlu segera mendapatkan rawatan pakar psikiatri. Ahli keluarga memainkan peranan penting untuk membantu mereka daripada mengancam nyawa orang lain.

Sabari,
Kuala Lumpur

BACA: “Pelik ayah lama tak balik rumah, rupanya naluri mak dah lama , akhirnya terbukti yang ayah”