Lelaki 10 tahun tidak bekerja, hidup dibawah tanggungan 4 isteri

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Seorang lelaki di Jepun telah menarik perhatian ramai kerana memiliki empat isteri dan dua teman wanita

Pada masa yang sama, lapor portal berita South China Morning Post semalam.

Ryuta Watanabe, 36 tahun, bercita-cita untuk mempunyai seramai 54 orang anak.

Menurut Watanabe, dia tidak bekerja selama 10 tahun dan bergantung kepada isteri-isteri serta dua kekasihnya untuk menyara hidup.

“Saya berperanan dalam memasak, menguruskan kerja rumah, dan menjaga anak-anak.

Lelaki 10 tahun tidak bekerja, hidup dibawah tanggungan 4 isteri

“Perbelanjaan isi rumah yang mencecah 914,000 yen (RM26,300) sebulan dibahagikan antara semua isteri dan teman wanita saya,” katanya.

Watanabe bertemu dengan kekasihnya melalui media sosial, manakala isteri-isterinya diiktiraf sebagai pasangan hidup tanpa pendaftaran rasmi.

BACA: Menteri Indonesia beri sebab kenapa pelabur asing lebih memilih melabur di Malaysia berbanding Indonesia