Pemuda gaji RM3,000 mohon nak beli Mercedes RM300k pening kepala salesman

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Perumpamaan ukur baju di badan sendiri wajar menjadi peringatan kepada anak muda yang menginginkan kemewahan melebihi kemampuan.

Seorang penjual kereta berkongsi ragam salah seorang pelanggannya yang berniat mahu membeli kereta mewah jenama Mercedes yang tidak sepadan dengan gaji bulanan.

Menerusi perkongsian di Threads, lelaki yang dikenali sebagai Umar berkongsi perbualan ringkas dengan pelanggannya.

Apa yang memeranjatkan, gaji bulanan pemuda itu hanyalah sekitar RM3,000 dengan gaji pokok RM1,500.

Tidak dapat dipastikan pelanggannya bekerja dalam sektor awam atau swasta.

Pemuda gaji RM3,000 mohon nak beli Mercedes RM300k pening kepala salesman

Umar juga menjelaskan kepada pemuda berkenaan bahawa memandangkan dia hanya bergaji RM3,000 sebulan, bayaran pendahuluan perlu melebihi RM200,000 dengan penjamin.

“Pening dengan budak-budak sekarang yang baru nak hidup. Selera besar, nak beli kereta bulanan lagi tinggi dari gaji dia.

“Inilah benda kau kena hadap dan kawal emosi bila jumpa orang macam ni,” tulisnya.

Sementara itu menjawab kemungkinan iklan yang diletakkan mengelirukan, lelaki berkenaan berkata, iklan yang dipaparkannya jelas dengan harga kereta dan kelayakan gaji untuk mereka yang mahu membeli kereta berkenaan.

“Kadang-kadang content penjual kereta juga jadi punca. Letak kapsyen “gaji RM1500 boleh mohon” sejenis budak dia baca tajuk je bukan dia fikir benda lain-lain,” komen nashua.

“Saya setuju, tapi dalam iklan saya memang letak harga kereta dan kelayakkan gaji berapa berserta bulanan kereta. Tapi ini lebih kepada nafsu tak baca betul-betul,” balas lelaki tersebut.

Baca juga: Hutang kerajaan naik 8.6 peratus, Menteri Kewangan tampil beri penjelasan jawab kekeliruan