Jika ada anak kecil di rumah, pasti ibu ibu memerlukan jajan yang mudah dikunyah dan simple untuk dibuat bukan?
Ini kerana harga bagi jajan atau snek ringan di luar sangat mahal dan memerlukan kos yang tinggi setiap bulan.
Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri snek di rumah iaitu popcorn.
Resepi ini dikongsikan oleh Hayfa Zhufairah di dalam group facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bertih jagung
Minyak masak
Gula
Butter
Pewarna masakan
Cara-caranya:
Sebelum memasak, pastikan untuk memilih biji jagung yang baik, dan keluarkan atau buang biji yang kempis. Anda boleh mendapatkan biji jagung ini di supermarket.
Tuangkan minyak ke dalam periuk atau kuali besar. Jika anda baru mencuba, mulakan dengan meletakkan sedikit minyak terlebih dahulu.
Tutup periuk. Sementara itu, dengarlah bunyi letupan dari biji jagung, menandakan bahawa proses memasak sedang berlangsung. Biarkan biji jagung masak sepenuhnya dan tunggu sehingga bunyi letupan tersebut hilang.
Untuk membuat karamel, dalam kuali, campurkan mentega, gula, dan pewarna. Gaul secara berterusan dengan api sederhana.
Boleh juga menggunakan marjerin, dan pilih warna mengikut citarasa anda. Disarankan untuk menggunakan kuali besar agar lebih mudah dikacau dan tidak tumpah.
Setelah mentega dan gula cair, masukkan popcorn tadi. Gaul rata. Siap.
Biarkan sejuk, karamel akan mengeras ketika dingin. Kemudian, masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Baca juga: Baru 2 hari buat live, follower TikTok Fattah Amin bertambah 125000, kalah Fazura!