Haiwan paling beracun didunia, no.1 tu kalau pegang boleh rosak ginjal manusia

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Bukan mudah untuk mengesan sama ada haiwan itu beracun atau tidak.

Ini kerana terdapat banyak haiwan paling beracun di dunia yang mungkin tidak semua orang tahu.

Bahkan, di Malaysia juga terdapat pemangsa beracun ini.

Jika anda ingin tahu haiwan-haiwan tersebut, mari kita terokai di bawah!

1. IKAN BUNTAL

Haiwan paling beracun didunia, no.1 tu kalau pegang boleh rosak ginjal manusia
Di Malaysia, ikan ini sudah dikenali sebagai hidupan laut yang beracun. Secara tidak langsung, Ikan Buntal atau Puffer Fish ini tergolong dalam haiwan paling beracun di dunia.

Racun yang terdapat di dalam tubuhnya mampu menyerang kulit, hati, dan ginjal manusia dalam beberapa saat. Hanya dengan racun dari seekor Ikan Buntal, ia boleh membunuh sehingga 30 orang dewasa. Ngeri, bukan?

Oleh itu, jangan sekali-kali berani untuk menyentuhnya!

2. SIPUT KON

Siput Kon atau Cone Snail banyak ditemui di sekitar perairan Indo-Pasifik dan termasuk dalam haiwan paling beracun. Ia muncul dalam pelbagai spesies dan merupakan salah satu haiwan laut yang boleh membunuh.

Sebilangan manusia yang disengat Siput Kon ini sering terdedah kepada racun yang cukup kuat untuk melumpuhkan dan akhirnya membunuh mangsanya. Racun daripada satu Siput Kon mempunyai potensi untuk membunuh sehingga 700 orang.

3. PLATIPUS

Jika anda pernah menonton siri kartun Phineas and Ferb, pasti anda biasa melihat haiwan bernama Platipus ini.

Platipus, yang mempunyai paruh seperti itik, adalah haiwan mamalia paling berbisa kepada manusia. Ia boleh ditemui di sekitar kawasan Australia.

Platipus jantan boleh menyebarkan racun dari sekitar kakinya. Malah, gigitan dari platipus pun boleh menyebabkan kehilangan deria rasa pada anggota badan.

4. OBOR-OBOR KOTAK

Obor-obor kotak adalah haiwan air paling berbisa di dunia. Bentuknya yang seperti kotak dan kelihatan indah ini mampu mengaburi manusia.

Ia juga dikenali sebagai Box Jellyfish, dengan setiap sesungutnya mempunyai sekitar 500,000 penyuntik racun. Racun obor-obor kotak boleh menyebabkan sindrom Irukandji, yang membuatkan individu yang disengat mengalami lebihan hormon stres dan protein keradangan.

Ini mengakibatkan rasa sakit dan mual selama berhari-hari, selain tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan pendarahan dan kematian otak.

Malah, kebanyakan individu yang mati beberapa minit selepas disengat adalah disebabkan serangan jantung.

5. KATAK RACUN EMAS

Dikenali juga sebagai Golden Poison Frog (Phyllobates terribilis), spesis ini memiliki kulit berwarna kuning keemasan yang berbeza daripada katak biasa.

Katak racun emas dipercayai mengandungi racun yang cukup untuk membunuh 20,000 tikus atau 10 manusia. Ia adalah katak paling beracun di dunia kerana racunnya sangat toksik sehingga menyentuhnya pun boleh berbahaya.

Menariknya, katak ini mendapatkan racunnya dari makanan seperti semut dan kumbang. Bayangkan jika haiwan amfibia ini berada di sekeliling anda tanpa disedari.

6. HOODED PITOHUI

Burung Hooded Pitohui bukanlah jenis burung yang mudah ditemui. Ia menyimpan racun pada kulit, bulu, dan tisu organnya.

Racun tersebut adalah homobatrachotoxin. Termasuk dalam senarai haiwan paling beracun, racun ini dapat menyebabkan kerengsaan kulit seperti gatal-gatal dan terbakar, serta kebas pada manusia ketika menyentuhnya.

7. ULAR VIPER

Antara ular paling berbisa di dunia adalah Saw-scaled Viper, yang juga dikenali sebagai Carpet Viper. Ia boleh ditemui di Afrika, India, Timur Tengah, Pakistan, dan Sri Lanka.

Gigitannya terkenal sangat menyakitkan dan boleh membawa maut kepada manusia. Spesies ini adalah salah satu ular yang paling pantas menyerang di dunia, dan kadar kematian bagi mereka yang dipatuk adalah sangat tinggi.

Malah, ia pernah memegang rekod dunia kerana menyebabkan lebih banyak kematian manusia setiap tahun berbanding spesies ular lain.

BACA: Sidang dewan rakyat ditangguh gara-gara ahli parlimen sangkut jalan banjir