Seorang lelaki telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan ribuan ikan bilis mendarat di pesisir Pantai Sura, Dungun, Terengganu
Pemilik video menjelaskan bahawa kejadian musim ikan bilis itu dirakam pada pukul 7 pagi pada hari tersebut.
Selain itu, beberapa pengunjung dilihat tidak melepaskan peluang untuk mengutip ikan bilis yang terdampar di pesisir pantai itu.
Menurut laporan media tempatan, satu fenomena serupa dipercayai turut melanda bahagian selatan pantai di Jogjakarta,
Indonesia baru-baru ini, sehingga mendapat liputan luas dalam media tempatan negara tersebut.
Sementara itu, di ruangan komen, terdapat reaksi kebimbangan yang diterima daripada warga maya.
Antara kebimbangan utama mereka adalah sekiranya bencana seperti kejadian banjir besar yang pernah berlaku di Malaysia sebelum ini akan berulang.
“Kalau di Kelantan tahun 2004 dan 2014, banjir besar berlaku. Ingat juga ini 2024. Saya fikir jangan seronok sangat, kita minta dengan Allah supaya dijauhkan segala bencana,”
“Musim tengkujuh dah nak datang.”
“Semoga baik-baik sahaja. Ini pun dah masuk bulan Oktober, Pantai Timur biasanya akan berlaku kejadian banjir. Semoga dipermudahkan,”
“Kata orang tua-tua, akan jadi air besar atau banjir besar.”
“Jabatan Meteorologi dah bagi tahu air pasang besar akan berlaku,” antara komen-komen yang ditulis oleh warga maya.
BACA: Ini respon Menteri Agama bila Mufti Perlis cabar berdialog isu RUU Mufti