Saya anggap macam adik, Isman Hijjaz jawab dakwaan bakal berkahwin dengan Ina Naim

Oleh DAHLIA MARZUKI

Baru-baru ini, tular satu khabar angin yang mengatakan penyanyi nasyid, Isman Hijjaz

Di dakwa bakal berkahwin dengan Ina Naim. Namun, Isman telah menafikan dakwaan tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, Isman menyatakan bahawa dia tidak tahu menahu tentang berita itu, namun tiba-tiba namanya dikaitkan.

“Demi Allah, saya tak tahu. Serius saya memang tak tahu. Tiba-tiba nama saya pula dikaitkan,” katanya.

Isman juga menyatakan rasa terkejut apabila mendengar khabar angin tersebut.

Saya anggap macam adik, Isman Hijjaz jawab dakwaan bakal berkahwin dengan Ina Naim

Beliau turut menegaskan bahawa Ina, yang merupakan balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad, telah dianggap seperti adiknya sendiri.

“Saya amat terkejut dengan cerita ini. Tak tahu dan tak ada kena-mengena dengan saya (cerita perkahwinan). Ina pun dah saya anggap macam adik. Demi Allah, individu itu bukan saya. Saya langsung tak tahu fasal benda ini yang tiba-tiba nama saya disebut.”

Isman turut mengakui bahawa dia memang rapat dengan Ina, tetapi meminta agar hubungan baik mereka tidak disalah tafsir.

“Memanglah saya baik dengan Ina, tak dinafikan. Saya baik bukan saja dengan Ina seorang, tetapi rapat juga dengan kedua-dua ibu bapanya. Malah, keluarga saya sendiri pun baik dengan Ina.

“Tapi, baiknya saya dengan Ina janganlah sampai nak kaitkan saya dengan perkahwinan bersamanya. Kalau kata kad kahwin sudah diedarkan, mestilah tahu juga nama bakal pengantin lelaki dan tarikh majlis berlangsung.”

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim bakal berkahwin dengan seorang artis nasyid, di mana kad jemputan dikatakan sudah diedarkan di kampung halaman Ina di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

BACA: Salahguna motor dari majikan sehingga terjebak dadah, majikan nekad bakar motorsikal pekerja