Tarikh luput pada makanan ada beza rupanya, kena tahu apa maksud sebenar

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Label tarikh luput banyak diguna pakai untuk produk-produk yang mudah rosak

seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi.

Seorang ahli kimia berkongsikan kepada orang ramai maksud label tarikh luput yang selalu dilekatkan di produk-produk makanan.

Menurut perkongsian Fatimah Salim, ada beza santara label tarikh luput pada produk makanan yang tertulis

Baik bebelum (best before) dan guna sebelum (use before), dan tidak seharusnya orang ramai mengambil ringan akan hal tersebut kerana ada sebabnya setiap makanan dilabel sebegitu.

Tarikh luput pada makanan ada beza rupanya, kena tahu apa maksud sebenar

Berikut kami kongsikan penjelasan penuh perbezaan dua label berkenaan.

Guna sebelum (Use Before)

Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu selamat untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya.

Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah dibuang serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.

Baik Sebelum (Best Before)

Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau kualiti produk tertentu yang hanya akan bertahan sehingga tarikh yang dinyatakan.

Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah tidak boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya. Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan.

Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair).

Manakala warna pulaberubah dari yang asal, bau (tengik disebabkan oksidasi) dan rasa (tengik, masam) dari yang asal disebabkan berlakunya tindak balas kimia pada produk berkenaan.

Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.

Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk

Simpan di dalam peti ais (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindak balas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.

Baca juga: ‘Walaupun bukan ori, ia tetap bukan murah’ Kanak-kanak dikecam menunjuk kasut baru raih perhatian ramai