Salahguna motor dari majikan sehingga terjebak dadah, majikan nekad bakar motorsikal pekerja

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Seorang majikan meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila kebaikannya disalahgunakan oleh pekerja,

Ada yang terlibat dengan gejala tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah.

Satu video yang tular di TikTok, dimuat naik oleh pengguna @alongbosss_garage_motor, menunjukkan seorang pemilik bengkel,

Along, membakar motosikal yang diberikan kepada pekerjanya sebagai hadiah setelah pekerja itu didapati positif dadah.

Dalam video yang mengejutkan orang ramai itu, Along berkongsi bahawa motosikal tersebut diberikan sebagai bantuan untuk memudahkan perjalanan pekerjanya ke tempat kerja

Salahguna motor dari majikan sehingga terjebak dadah, majikan nekad bakar motorsikal pekerja

Namun, pekerja tersebut didapati menyalahgunakan pemberian tersebut.

Berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab pekerjanya, Along membuat keputusan untuk membakar motosikal itu sebagai satu bentuk pengajaran. Walaupun dia sedar tindakan itu mungkin kontroversi, dia tetap mempertahankan keputusannya.

Ramai netizen memberikan pendapat yang bercampur-baur. Sebahagian mereka merasakan tindakan membakar motosikal itu sebagai pengajaran yang berkesan.

“Kalau aku dapat boss macam ni, alangkah bersyukurnya.”

“Respect bang, dah tolong dia tapi dia tak nak tolong kita. Takpe bang, apa pun terbaik.”

Namun, ada juga yang berpendapat tindakan Along terlalu drastik dan lebih baik jika motosikal tersebut disumbangkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

“Bang… daripada bakar macam tu, lebih baik jual kat orang. Dapat juga modal balik bang. Kalau bakar macam tu, modal hangus sekali.”

“Ramai dah yang bakar… tak paham orang sekarang. Kenapa la bakar kalau jual semula kan ada hasil. Jangan jawab tau, hang bos yang berjaya dan kaya zaman ni.”

Namun, Along menegaskan bahawa dia mempunyai hak untuk bertindak sedemikian kerana merasa dikhianati oleh pekerjanya. Menurutnya, pekerja tersebut kini berada dalam tahanan polis dan dijangka dibebaskan pada hari Isnin.

BACA: Bukan 1 tapi 3 ‘safe house’ simpan duit rasuah, dedah pengarah SPRM