Netizen jodohkan Cik Epal dengan Fattah Amin, respon tuan badan buat bekas suami meroyan

Oleh AHMAD SULAIMAN

Pempengaruh terkenal yang baru sahaja berpisah dengan suaminya, Cik Epal, tidak menolak apabila ‘dijodoh-jodohkan’ dengan aktor kacak, Fattah Amin,

selepas menerima pelbagai komen daripada peminat yang menyokong jika mereka berdua menjalinkan hubungan di masa hadapan.

Cik Epal tidak menolak dan mempromosikan kemahirannya dalam memasak kuey teow goreng.

Menerusi Insta Story, Cik Epal memberi respons terhadap satu soalan yang diajukan oleh netizen sama ada dia berminat untuk mengenali Fattah Amin.

Dalam balasannya, pempengaruh tersebut menyatakan bahawa dia bersedia dan memberitahu bahawa dia pandai memasak kuey teow goreng wagyu.

Netizen jodohkan Cik Epal dengan Fattah Amin, respon tuan badan buat bekas suami meroyan

“Onz je. Lebih daripada senduk nasi aku boleh buat. Aku pandai masak kuey teow goreng wagyu,” tulisnya.

Susulan daripada itu, ramai netizen terhibur dengan balasan-balasan Cik Epal dan turut menyertakan hashtag #FACE, merujuk kepada gabungan nama Fattah Amin dan Cik Epal sebagai tanda sokongan jika mereka berdua bersama.

Terdahulu, kontroversi melibatkan perkahwinan Cik Epal dan usahawan, Jofliam, menjadi perhatian umum apabila bekas suaminya mengeluarkan kenyataan mengenai rumah tangga mereka yang sedang dalam keadaan kritikal.

Pelbagai spekulasi muncul, termasuk dakwaan kewujudan orang ketiga dalam perkahwinan mereka, sehingga Cik Epal mengesahkan bahawa mereka telah rasmi berpisah pada 9 Oktober 2024.

Sementara itu, aktor Fattah Amin telah berpisah dengan selebriti terkenal, Fazura, pada 7 Oktober lalu selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

BACA: Akhirnya Menteri jawab status keberadaan kapal perang China di Pulau Pinang