4 perkara ini jika nak elak buah tomato terlalu masam!

Oleh AHMAD SULAIMAN

Tomato merupakan sejenis buah yang mengandungi pelbagai khasiat untuk manusia termasuklah zat besi,

serat serta vitamin A dan C yang diperlukan bagi mengekalkan kecergasan tubuh badan.

Kandungannya yang kaya dengan beta-karotin, vitamin A dan C serta asid folik

juga membuatkan tomato berupaya membantu dalam mengekalkan keanjalan wajah dan melambatkan proses penuaan.

Rasanya yang masam manis dan mudah didapati juga menyebabkan buah ini sangat digemari serta menjadi pilihan orang ramai untuk dibeli terutama ketika berkunjung ke pasar raya.

4 perkara ini jika nak elak buah tomato terlalu masam!

Namun mereka yang tidak meminati rasa masam perlulah membuat pilihan dengan betul terlebih dahulu walaupun harganya tidaklah terlalu mahal untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.

Oleh yang demikian, berikut kami kongsikan empat tips untuk memilih tomato kurang masam dan segar berdasarkan hantaran menerusi aplikasi lemon8 oleh pengguna dikenali sebagai Heritage Taste.

1. Keadaan kulit

Perkara pertama yang perlu dilihat ketika memilih tomato adalah keadaan kulitnya. Dikatakan buah berkenaan dengan permukaan yang berkilat adalah lebih segar.

2. Kepaduan buah

Tomato yang lembik ataupun lembut agar sukar untuk bertahan lama malah sangat mudah berkulat. Oleh itu, pilih tomato yang padu dan masih keras supaya boleh disimpan lama. Jangan terlalu keras seperti batu, cukup tidak terlalu lembut.

3. Warna buah

Semakin gelap warna merahnya, lebih baguslah untuk digunakan. Selain itu, elakkan memilih tomato yang mempunyai rona putih atau kehijauan pada luarannya kerana rasanya sangat masam dan tidak terlalu sesuai digunakan dalam masakan.

4. Bentuk hujung buah

Tomato yang mempunyai hujung melonjong tajam ke bawah menandakan rasanya masam. Segelintir orang memang suka rasa masam, namun ada juga yang kurang menggemarinya.

Jika mahu membeli buah yang cukup rasa masam dan manisnya, pilih tomato yang bentuknya elok dan cantik membulat. Buah yang berlekuk ke dalam pada bahagian bawahnya juga lebih sedap.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat. Selamat mencuba!

Baca juga: Anak almarhum Ustaz Fadzil Noor dilantik kerajaan ketuai program pemulihan akidah kanak-kanak GISBH