Netizen terkejut wanita dedah raih pendapatan RM7000 dengan hanya lipat baju

Oleh DAHLIA MARZUKI

Lipat baju atau kain sememangnya tugas yang berat dan perlu dilakukan, jika tidak, baju akan bertimbun seperti gunung.

Namun, bayangkan jika tugas melipat baju ini dijadikan perniagaan yang mampu menghasilkan keuntungan besar?

Baru-baru ini, dalam satu catatan yang tular di X (dahulunya dikenali sebagai Twitter),

seorang netizen telah mendedahkan cara untuk menjana pendapatan sehingga RM7,000 sebulan hanya dengan melipat baju.

@TemahUluBanat telah berkongsi gambar dan komen seorang netizen yang menerangkan bagaimana dia memperoleh pendapatan lumayan melalui perniagaan melipat kain.

Netizen terkejut wanita dedah raih pendapatan RM7000 dengan hanya lipat baju

“Bisnes lipat kain. Suka komen di bawah tu. Ramai boleh basuh baju, tetapi tak semua orang boleh lipat kain. Haha. Patut buka sebelah dobi layan diri,” katanya.

Dalam gambar tersebut, seorang wanita menerangkan bagaimana dia berjaya memperoleh antara RM500 hingga RM700 dengan melipat pakaian hanya tiga kali seminggu.

Apa yang lebih mengejutkan ialah wanita itu turut mendedahkan bahawa ejen mereka berjaya menjana lebih daripada RM7,000 dalam sebulan hanya dengan melipat baju.

Perkongsian ini berjaya menarik perhatian ramai rakyat Malaysia, yang kagum dengan potensi pendapatan daripada tugas yang kelihatan mudah ini.

BACA: Kalau kena memang sakit, rupanya ini penyebab sebenar jerawat boleh tumbuh di telinga