“Antara jalan yang akan ditutup secara berperingkat adalah Jalan Sultan Ismail/Jalan Imbi; Jalan Pudu/susur ke Jalan Imbi;
Jalan Dewan Bahasa/Jalan Bukit Petaling; Jalan Maharajalela/Jalan Hang Tuah; Jalan Sultan/Jalan Pudu dan Jalan Tun Sambanthan/Jambatan Jalan Sultan Sulaiman.
“Jalan yang turut ditutup adalah Jalan Tun Perak/Lebuh Ampang; Bulatan Dato Onn; Jalan Raja Laut; Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Raja Abdullah.
“Selain itu, jalan-jalan seperti Jalan Dang Wangi; Jalan P Ramlee; Jalan Ampang (KLCC); Jalan Bukit Bintang; Jalan Imbi;
Jalan Kia Peng serta Jalan Raja Chulan juga akan ditutup,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beberapa jalan di sekitar pusat bandar akan ditutup secara berperingkat sempena penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, penutupan dan lencongan sementara bermula dari 5 pagi hingga 9.30 pagi itu bertujuan memberi laluan kepada acara larian ‘Fun Ride’ dan ‘Fun Run’.
Justeru, beliau menasihati pemandu untuk mematuhi tanda jalan raya dan arahan daripada pegawai polis yang bertugas.
Katanya, pemandu juga diingatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai lalu lintas di kawasan berkenaan.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.
BACA: Bodyguard Fazura tampil bersuara jawab tuduhan teman lelaki Fazura