Selain kos pengajian awam dah tak relevan, ini 9 punca lain graduan susah nak dapat kerja

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Ramai yang beranggapan bahawa kebanyakan individu yang mempunyai pekerjaan memiliki ‘cable’,

sedangkan ada juga yang berusaha keras menghadiri sesi temuduga untuk mendapatkan pekerjaan dengan usaha sendiri.

Jadi, mengapa graduan sukar mendapatkan pekerjaan? Ikuti perkongsian penulis mengenai punca graduan sukar memperoleh pekerjaan; mungkin anda salah seorang daripadanya!

Ramai graduan memohon gaji yang tidak realistik atau sesuai dengan kelayakan akademik mereka, yang menyebabkan

kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. Ini kerana ada syarikat yang menawarkan gaji yang tidak setimpal dengan kelayakan akademik para graduan.

Selain kos pengajian awam dah tak relevan, ini 9 punca lain graduan susah nak dapat kerja

Graduan baru seharusnya tidak terlalu menuntut berkaitan gaji kerana mereka masih kurang pengalaman bekerja. Sebaliknya, individu yang berpengalaman boleh meminta gaji yang lebih tinggi kerana mereka lebih diutamakan oleh syarikat.

RESUME YANG TIDAK UP-TO-DATE

Sentiasa kemas kini resume anda supaya ia kelihatan menarik di mata majikan. Gunakan aplikasi seperti Canva untuk membuat resume yang teratur dan kemas, supaya anda dapat menawan perhatian majikan.

TIDAK PROAKTIF SEMASA CARI KERJA

Jika anda benar-benar ingin mendapatkan pekerjaan, perlu melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Mulakan dengan menyenaraikan syarikat yang mempunyai iklan jawatan kosong. Pastikan syarikat tersebut sesuai dengan bidang anda.

Selain itu, fokuslah kepada syarikat yang tidak menetapkan syarat minimum seperti “Yang berpengalaman..”, kerana ini boleh menjadi cabaran bagi graduan baru.

FAKTOR PEMILIHAN JAWATAN YANG TIDAK SESUAI

Sebelum memohon pekerjaan, penting untuk memastikan jawatan yang dipohon sesuai dengan kemampuan, kelayakan, dan minat anda. Pilihan pekerjaan yang tidak sesuai boleh menyebabkan kesukaran dalam mendapatkan kerja. Sekiranya ada pekerjaan, mungkin anda juga sukar untuk bertahan lama.

TERLALU BERGANTUNG PADA INTERNET

Jangan terlalu bergantung pada internet apabila telah memohon kerja secara atas talian. Jika tiada maklum balas dari syarikat yang dipohon, jangan berputus asa. Luaskan jaringan perhubungan (networking) untuk mendapatkan pekerjaan. Anda boleh bertanya kepada keluarga tentang kenalan mereka yang mungkin menawarkan pekerjaan.

TAK PROFESSIONAL KETIKA MEMOHON KERJA

Dalam urusan berkaitan pekerjaan, anda perlu bersikap lebih profesional. Pastikan alamat email yang digunakan untuk memohon kerja adalah nama sendiri dan bukan nama yang pelik.

TIADA PERSEDIAAN LENGKAP UNTUK TEMUDUGA

Ramai graduan mengambil mudah mengenai temuduga, seperti datang lambat dan tidak menyediakan dokumen yang lengkap. Ini boleh menyebabkan anda gagal dalam temuduga, bukan kerana tidak layak tetapi kerana sikap sambil lewa. Datang awal dan semak semua dokumen supaya lengkap. Penampilan diri yang kemas juga penting untuk meninggalkan tanggapan pertama yang baik kepada majikan.

ABAI CARA ‘DI HUJUNG JARI’

Dalam era teknologi canggih ini, manfaatkan sepenuhnya. Hanya dengan hujung jari, anda dapat mencari kerja dengan lebih mudah. Gunakan platform seperti LinkedIn untuk memudahkan pencarian kerja. Dalam aplikasi tersebut, graduan boleh menyimpan maklumat mengenai pengalaman kerja dan bidang pengajian mereka supaya syarikat boleh melihat dan membaca.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI LISAN DAN BERTULIS YANG LEMAH

Menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), ijazah bukan lagi jaminan untuk mendapatkan pekerjaan. Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin, menyatakan bahawa aspek fleksibiliti dan kemahiran komunikasi yang baik adalah penting. Graduan kini menghadapi masalah komunikasi, sama ada secara lisan atau bertulis. Mereka mungkin pandai, tetapi tidak memiliki kemahiran komunikasi yang diperlukan, sehingga sukar untuk beradaptasi di dunia pekerjaan.

SELALU TINGGAL SOLAT, REZEKI SUSAH NAK DEKAT

Berapa ramai anak muda kini yang tidak menunaikan solat lima waktu? Jika percaya bahawa rezeki datang dari Allah SWT, mengapa mereka sanggup meninggalkan perkara wajib ini?

Setiap orang bekerja untuk mendapatkan rezeki, yang datangnya dari Allah SWT. Rezeki itu adalah hak Allah, dan Dia memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

BACA: Auntie Anne’s Mid Valley ditutup selepas pecat pekerja cemar bahan masakan