Auntie Anne’s Mid Valley ditutup selepas pecat pekerja cemar bahan masakan

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Gerai Mid Valley Auntie Anne’s Malaysia akan ditutup untuk pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh,

kata kedai pretzel itu, selepas siaran media sosial salah seorang kakitangannya mencium doh pretzel menjadi tular.

Auntie Anne’s Malaysia berkata dalam satu pengumuman bahawa kakitangan itu, yang dahulunya bekerja

Di cawangan Kuala Lumpur, telah diberhentikan kerja serta-merta selepas kejadian itu.

“Di Auntie Anne’s Malaysia, kami komited untuk menegakkan piawaian kebersihan dan keselamatan tertinggi untuk pelanggan dan kakitangan kami.

Auntie Anne's Mid Valley ditutup selepas pecat pekerja cemar bahan masakan

Kami tidak membenarkan atau bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang menjejaskan piawaian ini,” katanya dalam catatan Facebook pada 8 Okt.

“Sebagai sebahagian daripada langkah proaktif kami, kedai berkenaan akan ditutup sementara untuk pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh,” tambahnya.

Cawangan itu, katanya, akan dibuka semula sebaik proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan telah disahkan.

Ia juga memberi jaminan kepada pelanggan bahawa keselamatan dan kesejahteraan mereka akan sentiasa menjadi keutamaannya