Rupanya ini sebab kapal tentera laut China penuh di Pulau Pinang ramai nak tahu

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Pembangkang mempersoalkan sambutan meriah dan “luar biasa” terhadap rombongan pelatih tentera China di sebuah sekolah di Pulau Pinang, pada hari Sabtu lepas.

Pulau Pinang jelaskan bahawa kunjungan silaturahim dua kapal latihan dari China bersama pelajar universiti tentera laut China ke pelabuhan negeri itu dibuat mengikut saluran rasmi.

Exco Pelancongan, Wong Hon Wai, berkata Pegawai Residen Tentera Malaysia di Pulau Pinang

Turut hadir dalam kunjungan kapal pelatih Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) itu bersama pemimpin kerajaan negeri sebagai tetamu.

Kunjungan ke Sekolah Menengah (Persendirian) Chung Ling pula, katanya, bertujuan menjalin hubungan pelajar ke pelajar termasuk mengadakan aktiviti sukan dan kebudayaan.

Rupanya ini sebab kapal tentera laut China penuh di Pulau Pinang ramai nak tahu

Antara persembahan kebudayaan dalam kunjungan itu termasuk perlawanan persahabatan ping pong. Kunjungan itu diuruskan oleh Pejabat Konsulat Jeneral China di Pulau Pinang, dan dua kapal pelatih berkenaan berlabuh selama tiga hari sebelum berlepas menuju ke Bangladesh.

Wong berkata lawatan itu hendaklah dilihat dari sudut positif, berikutan hubungan antara Malaysia dan China yang baik serta pemimpin utama saling mengadakan lawatan antara satu sama lain.

Pada hari Sabtu lepas, kerajaan negeri mengumumkan kedatangan 1,000 pelatih tentera laut China ke negeri itu menaiki Kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal Jinggangshan dari Zhanjiang.

Pasukan tugas ke-83 PLA dan pelatihnya dibawa melawat beberapa tempat menarik di Pulau Pinang dan turut berkesempatan berinteraksi dengan penduduk tempatan.

BACA: Puja Sheikh Asri dalam alunan qasidah, sekali ini respon Menteri Agama