“Mak mentua suka tidur sebilik dengan kami suami isteri, tetapi dia tak nak pakai baju”

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Seorang wanita merasa sangat kesal atas sikap ibu mentuanya yang gemar tidur sebilik dengannya bersama suami setiap kali berkunjung ke rumah mereka.

Memandangkan bilik tersebut adalah satu-satunya ruangan yang dilengkapi dengan penghawa dingin,

wanita itu mulanya mengambil pendekatan untuk bersangka baik.

Situasi bagaimanapun bertukar menjadi ganjil apabila ibu mentuanya yang mungkin

tidak mampu tahan panas itu tidur di dalam bilik berpenghawa dingin tersebut dalam keadaan berkemban.

“Mak mentua suka tidur sebilik dengan kami suami isteri, tetapi dia tak nak pakai baju”

“Sekarang ini, rumah aku mempunyai tiga bilik. Tetapi mungkin sebab hanya bilik aku sahaja yang dipasang penghawa dingin, mak mentua mesti nak tidur sebilik dengan kami setiap kali datang ke sini.

“Dalam bilik itu ada aku, suami dan anak kami yang masih bayi. Tetapi mak mentua tidur dalam keadaan berkemban (tidak berbaju dan me­makai kain sarung hingga ke paras dada).

“Mak mentua ada sahaja baju tetapi tak pakai. Macam tak kena sahaja. Mak saya juga rasa bengang selepas tahu hal ini sebab dia sendiri pun tak pernah nak masuk ke dalam bilik saya,” kongsi wanita itu.

Perkongsian itu dibuat oleh isteri terbabit tanpa mendedahkan identiti sebenarnya menerusi hantaran yang dimuat naik di platform X (dahulu dikenali sebagai Twitter).

Berpendapat bahawa perasaan marah mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah, wanita itu hanya mampu ketawa apabila memikirkan perangai pelik ibu mentuanya.

“Aku sudah sampai tahap asyik nak gelak sahaja. Sebab rasa kebencian itu tak akan memberikan aku sebarang kebaikan. Kamu semua jangan suruh aku pasang satu lagi penghawa dingin pula,” katanya yang mungkin belum cukup berkemampuan.

Difahamkan, perkongsian itu dimuat naik oleh wanita terbabit di media sosial dengan harapan orang ramai dapat memberikan pendapat dan jalan keluar dari masalahnya.

Baca juga:53000 anak muda terjerat dengan hutang, rupanya ini amalan yang tak patut dicontohi